Siakap Keli
letupan gas china
Gambar: X

Letupan Gas Utara China: Seorang Maut, 22 Cedera

Letupan Gas Utara China: Seorang Maut, 22 Cedera

BEIJING — Seorang terbunuh manakala 22 cedera dalam letupan gas yang disyaki berlaku di wilayah Hebei, utara China pada Rabu, lapor CNA.

Letupan itu disyaki berpunca daripada kebocoran gas di sebuah premis sekitar jam 7.55 pagi.

Menurut media kerajaan dalam video yang dimuat naik di meda sosial mendedahkan, letupan itu mengakibatkan kerosakan besar terhadap beberapa bangunan di lokasi kejadian.

“Letupan yang dipercayai berpunca daripada gas itu berlaku di tingkat bawah restoran di kawasan perumahan lama,” lapor media tempatan.

Difahamkan, letupan itu menggegarkan kawasan perumahan di kampung Xiaozhanggezhuang, Yanjiao, di Sanhe City, kurang 80 kilometer dari Beijing.

BACA: Jangan Buang Kalau Sayur Layu, Guna Cara Ni ‘Confirm’ Kembali Segar

Dalam rakaman tersebut turut mendedahkan kepulan asap dan api merentasi jalan raya sebaik sahaja letupan itu tercetus. Dalam video lain, beberapa kenderaan musnah termasuk sebuah bangunan runtuh sepenuhnya.

 

Sumber: Barrons, CNA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?