Siakap Keli
ruang solat arsenal
Gambar: X @ElNennY

Arsenal Bina Ruang Solat Untuk Pemain Pelbagai Agama Di Stadium Emirates

Arsenal Bina Ruang Solat Untuk Pemain Pelbagai Agama Di Stadium Emirates

EMIRATES  — Arsenal dilaporkan telah membina surau di Stadium Emirates mereka bagi membolehkan pemain menunaikan solat.

Difahamkan, pembukaan ruang khas itu dirasmikan pemain tengah Arsenal Mohamed Elneny selepas bermulanya tempoh Ramadan pada Ahad lalu.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh pemain itu dalam satu muat naik di platform X.

“Saya sangat berbangga kerana telah membuka ruang solat untuk pemain kami di Stadium Emirates.

“Ruang untuk bermeditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada masa hadapan.

“Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan dan semua yang terlibat dalam merealisasikan projek ini,” tulisnya di platform itu.

Untuk makluman, Arsenal kini berada dipuncak liga dengan mengumpul 64 mata dalam 28 perlawanan yang dimainkan meninggalkan pencabar terdekat Liverpool dengan perbezaan jumlah jaringan.

Manakala Manchester City dengan 63 mata selepas mengutip 19 menang, 6 seri dan 3 kekalahan dalam 28 perlawanan.

The Gunners berpeluang merangkul trofi liga buat kali pertama dalam sejarah jika terus mengekalkan momentum kemenangan dengan liga hanya berbaki 10 perlawanan sahaja.

Arsenal terlepas trofi EPL pada musim lalu selepas dipintas oleh The Citizens pada hujung musim. Kali terakhir Arsenal bergelar juara EPL adalah pada musim 2003/04 di bawah kendalian Arsene Wenger.

BACA: Arab Saudi Buka Ruang Solat Gantung Tertinggi Di Dunia

Cipta Sejarah

Selepas memenangi tiga perlawanan di tempat lawan dengan lima jaringan atau lebih, menjadikan Arsenal muncul sebagai pasukan pertama merentasi semua empat liga utama bola sepak Inggeris, lapor Sinar Harian.

Sejarah baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut tercipta apabila skuad kendalian Mikel Arteta membelasah Sheffield United 6-0 di Bramall Lane.

Manakala pada bulan lalu, skuad itu membantai West Ham 6-0 di Stadium London sebelum meratah Burnley 5-0 di Turf Moor.

Keputusan di Bramall Mall itu menyaksikan Arsenal sudah menjaringkan 32 gol dan hanya dibolosi tiga kali dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan mereka memenangi kesemua perlawanan tersebut.

BACA JUGA: Puasa Dah Dekat, Ini Senarai Bazar Ramadan Selangor 2024

Sumber: The Atlhelatic

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?