Siakap Keli
ccu chasis yamaha nvx r15m
Gambar: Yamaha

Dipanggil Untuk Tukar, Naik Taraf CCU, Ini Senarai No. Chasis Yamaha NVX & R15M Terlibat

Dipanggil Untuk Tukar, Naik Taraf CCU, Ini Senarai No. Chasis Yamaha NVX & R15M Terlibat

Syarikat Hong Leong Yamaha Motor semalam telah mengeluarkan satu notis kepada pemilik motosikal model NVX dan R15M, model keluaran dari tahun 2021 hingga 2023.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, notis yang dikeluarkan bertujuan memanggil pemilik untuk mengganti dan menaik taraf peralatan Communication Control Unit (CCU) Assy bagi kedua-dua model tersebut.

Difahamkan, fasa penukaran dan menaik taraf alat ganti tersebut akan dilakukan secara berperingkat.

Dalam kenyataan di laman webnya, Hong Leong Yamaha Motor turut menyenaraikan secara terperinci model-model yang terlibat.

Senarai nombor chasis Yamaha NVX & R15M yang dipanggil untuk penukaran CCU

Kata Hong Leong Yamaha Motor, model Yamaha NVX yang terlibat adalah model dengan nombor frame/chasis  PMYSG7410L0000011 – P0039700 hingga PMYSG7420L0000011 – P0026367.

Manakala bagi model R15M pula melibatkan model dengan nombor frame/chasis PMYRG7910N0000011 – N0002990 hingga PMYRG7910P0002991 – P0005190 dan PMYRG7910P0004991.

Dalam pada itu, Hong Leong Yamaha Motor memaklumkan pihaknya tidak akan menghantar sebarang surat rasmi kepada pemilik motorsikal yang dinyatakan.

Sebaliknya, pemilik-pemilik boleh hadir ke lokasi-lokasi pengedar rasmi Hong Leong Yamaha Motor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Manakala temu janji bersama pengedar rasmi Yamaha atau dengan Hong Leong Yamaha Motor boleh dibuat melalui laman web SERVICE E-BOOKING.

Pemilik-pemilik yang menunggu tarikh temu janji yang ditetapkan masih boleh terus menggunakan kenderaan masing-masing seperti biasa.

Pada masa yang sama, Hong Leong Yamaha Motor mengingatkan pemilik untuk menjaga dan menyelenggara motosikal masing-masing seperti yang dinyatakan dalam buku manual pemilikan.

BACA: Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati Enam Lelaki Bunuh Kevin Morais

Kredit: Yamaha Motor Malaysia via Facebook

BACA: 10 Gajet ‘Jatuh’ Harga Sepanjang Ramadan, Berbaloi Beli Untuk Raya

Sumber: Yamaha Motor Malaysia

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.