Siakap Keli
baju raya bawah rm300

“Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

“Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Tahun berganti tahun, kita sekali lagi berpeluang menjalani ibadah puasa dan dapat merasai kemeriahannya bersama-sama. Dalam keterujaan itu, orang ramai juga dah mula sibuk buat persiapan raya, malah sebenarnya ada yang dah prepare sejak awal tahun lagi.

Selain barang kelengkapan rumah dan variasi kuih raya, macam biasalah ketika ini ramai yang pening nak cari baju raya. Tambah-tambah bagi para isteri dan ibu-ibu yang semestinya perlu memikirkan pakaian raya suami serta anak-anak.

Bercakap mengenainya, min nak kongsikan tempat yang sesuai untuk korang cari baju raya pada tahun ini. Selain ada banyak pilihan, yang paling penting sekali pusat beli belah ini tawarkan harga yang sangat istimewa dan berbaloi untuk korang.

Manakan tidak, belanja RM300 pun dah boleh dapat baju raya untuk empat sekeluarga. Pusat beli-belah yang min maksudkan ini adalah di KWC Fashion Wholesale di Pudu.

Kalau pergi KWC ini, korang mungkin akan rambang mata sebab ada 800 kedai yang menampilkan koleksi raya terkini dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semuanya bawah satu bumbung, jadi tidak perlu lagi korang penat-penat pergi ke banyak tempat.

Istimewanya tahun ini KWC hadir dengan pakaian fesyen raya terkini termasuk yang paling popular. Berikut antara rekaan popular yang dijual di sana:

Lima fesyen baju raya paling top tahun ini

baju raya bawah rm300
Kurta (Seri Maharani, L1-91), Pelikat Sarong (SMA Enterprise L1-23), Batik Shirt (Ain Sunarti Enterprise L3-26), Jam tangan (Hannatime L3A-57)

Pakaian raya lelaki

Nak cari baju raya lelaki biasanya tidaklah terlalu susah kecuali jika tiada warna pilihan. Golongan lelaki kebiasaannya akan memakai baju Melayu bersama sampin, sesuai dengan adat budaya kita.

Namun, sejak beberapa tahun yang lalu, kurta dan jubah juga turut menjadi pilihan untuk dipakai ketika raya.

Di KWC, kurta moden dihadirkan dalam pelbagai jenis kain seperti cotton dan linen. Jadi korang yang lelaki akan lebih selesa dan dapat ‘bernafas’ dengan baik ketika keluar bersiar-siar sepanjang hari bersama keluarga atau pergi ke rumah terbuka.

Jadi buatlah pilihan yang tepat mengikut kesukaan masing-masing tetapi pilihlah juga pakaian yang selesa, selain berbaloi untuk dibeli.

Kebarung

baju raya bawah rm300
Kebarung labuh, baju kurung (Emmanuel Femme, L3A-41), Shawl (Harry Collection, L3A-06), Handbag (Hannatime, L3A-57), Brooch (Top Wear, L7-15), Headband (Hannatime, Lot 3A-57), Abaya modern dress (FFC L1-19)

Bagi korang yang masih tidak tahu, kebarung sebenarnya adalah gabungan bagi baju kebaya dan baju kurung. Dalam erti kata lainnya, ia baju kebaya versi sopan sebab potongannya yang lebih labuh dan longgar.

Namun yang menariknya, kebarung hadir dengan pelbagai jenis corak termasuk corak batik yang menjadi kegilaan pada masa kini.

Jadi, korang yang nak nampak elegen dan sopan bolehlah masukkan baju ini dalam senarai.

Kurung moden

Sama seperti kebaya, kurung diberikan nafas baharu dan ‘diinovasi’ dengan pelbagai rekaan sesuai dengan gaya yang moden. Tanpa menghilangkan keayuannya, kurung moden juga setiap tahun akan hadir dengan pelbagai jenis corak.

baju raya bawah rm300
Butik Ebnara (L3A-65), Sekali Lafaz (L5-90), Harry Collection (L3A-40), Hannatime (L3A-57)

Bagi tahun ini, kurung moden corak abstrak sekali lagi menjadi perhatian. Namun, korang juga sebenarnya boleh buat kelainan untuk pakaian keluarga dengan menggabungkan baju tersebut dengan rekaan yang lebih polos. Sebagai contoh, korang boleh pilih untuk memakai baju bercorak abstrak itu dan dalam masa yang sama suami korang boleh memakai baju melayu atau kurta yang kosong. Tapi pilihlah warna yang sama, baru nampak harmoni.

Abaya

Selain pakaian tradisional masyarakat kita, abaya juga merupakan busana yang sentiasa menjadi pilihan setiap kali tibanya hari raya. Pemakaian abaya menyerlahkan kesederhanaan si pemakainya dan kelihatan lebih sopan.

baju raya bawah rm300
Dari kiri Abaya (Melodi L2-89), Shimmering scarf (Naaz Ocean LG-03), rantai (Top Wear L7-15), scarf (Nazo Collection, L7-47), handbag (Hannatime, L3A-57)

Seperti mana-mana pakaian, abaya juga sentiasa mempunyai pelbagai rekaan dan kali ini min cadangkan korang untuk dapatkan abaya terbuka. Ada persamaan dengan kimono, abaya jenis ini kelihatan sangat bergaya dan serba boleh. Dalam masa yang sama, padankan ia dengan tali pinggang dan dokoh untuk menyerlahkan kecantikan.

Tapi abaya ini jika dipakai pada bulan Ramadan juga sesuai, justeru korang boleh menjadikannya lebih kasual dengan memakai pakaian di dalamnya yang sesuai mengikut citarasa.

Selendang

baju raya bawah rm300
Kebarung oren (AK Collection, L5-61), Baju kurung moden printed oren (Elda, L1-36), kurung asimetri (Butik Oma, L1-22), skirt (FFC, L1-19), selendang (Harry Collection, L3A-06), aksesori (Top Wear, L7-15), handbag (Hannatime, L3A-57)

Tidak lengkap rasanya busana hari raya jika tidak memakai selendang yang kembali popular sejak kebelakangan ini. Dengan perincian sulaman yang sangat cantik, selendang ini kebiasaannya akan diletakkan pada bahagian bahu atau diselempang pada lengan.

Pemakaian aksesori seperti kerongsang atau dokoh juga turut menyempurnakan penampilan dengan selendang ini. Malah, ia turut memberikan sentuhan tradisional dan menampakkan korang lebih classy, tambah-tambah lagi jika dipadankan dengan baju kurung moden dan kebaya.

Beli awal tak kalut

baju raya bawah rm300

Bila dah fikir nak baju yang macam mana, bolehlah cepat-cepat pergi ke KWC. Selain beli secara dalam talian, min sarankan korang pergi sendiri ke kedai sebab bila tengok sendiri depan mata dan dapat pegang pakaian itu, korang akan lebih berpuas hati.

baju raya bawah rm300

baju raya bawah rm300

Selain itu, untuk anak-anak pula jangan dilupa, korang boleh cari kurta untuk anak lelaki yang sedondon dengan si ayah. Manakala, bagi anak perempuan, KWC menyediakan gaun bercorak dengan kolar dolly besar. Jika tidak mahu gaun, boleh juga beli skirt lace double layer dengan material cotton yang sangat selesa untuk anak kecil.

Tambahan pula, korang juga tidak perlu risau pasal saiz kerana semua jenis saiz ada termasuk XL hingga XXXL. Ini sesuai dengan inspirasi KWC yang mengatakan setiap orang berhak untuk kelihatan cantik.

Tetapi bukan untuk hari raya saja, KWC turut hadir dengan pelbagai keperluan di bulan Ramadan ini seperti pakaian solat, Al-quran, tasbih dan kurma.

Min juga sebenarnya teruja sebab kita juga berpeluang untuk tebus pelbagai barangan menarik selepas membuat pembelian di KWC. Korang boleh dapat Sampul Raya, Dulang Kue Raya dan Set Pinggan Seramik Lebaran. Mudah saja, korang perlu berikan maksimum dua resit kepada kaunter khidmat pelanggan untuk menebusnya.

Jadi jangan tunggu lama-lama, mari berkunjung ke KWC untuk dapatkan pelbagai jenis baju raya yang popular pada tahun ini serta berpeluang memenangi hadiah istimewa. Untuk maklumat lanjut, layari Instagram, Facebook, Tiktok atau laman web KWC.

Sofea

There's always another side to every story