Siakap Keli

Mall Mana Yang Buat ‘Gila’ Ni, Jual Baju Budak Dari RM10 Je?

Bila cakap pasal harga barang zaman sekarang, apa je yang tak naik? Semua harga barang keperluan naik mendadak. Masuk tandas awam pun 50sen dah sekarang. Nak beli baju dan seluar pun gerun tengok tag harga. Tak dapat dah nak tengok harga belas-belas, paling murah pun RM30. Tapi SK terkejut bila ada satu pusat beli-belah ni dia boleh buat kerja gila, jual baju budak-budak bermula RM10 je. RM10 ni nak makan tengah hari pun tak cukup kadang-kadang tau.

Nak tahu kat mana? Kat mana lagi kalau bukan KWC Fashion Wholesale (KWC). SK tak tipu harga bermula RM10 tu. KWC baru je update dekat kiriman Facebook diorang. Kebanyakkan baju budak-budak semua harga RM10 tau. Sebab harga gila-gila macam ni la KWC selalu jadi sasaran pemborong ambil stok baju, tapi korang nak beli sehelai ke dua helai pun boleh. Di KWC ni ada 800 kedai jual pakaian keluarga dengan pelbagai jenama, barang kelengkapan rumah seperti langsir dan cadar pun ada tau.

 

Dari pakaian street wear sehingga pakaian plus size pun ada. Memang sesuai untuk kita yang saiz comel ni. KWC ni dia punya jualan murah boleh dikatakan sepanjang tahun tau. Dah shopping mesti lapar kan? Jangan risau, di KWC ada banyak kedai makan untuk korang isi perut sebelum sambung shopping. Nak tukar lampin anak atau nak solat pun selesa. Semua kemudahan tersedia di KWC. 

Kalau korang malas nak bawa kereta ke KWC, korang juga boleh naik pelbagai jenis pengangkutan awam. Kalau guna LRT, dari Putra Line (Kelana Jaya atau Terminal Putra Gombak), pertukaran di Masjid Jamek dan turun di stesen LRT Hang Tuah. Jika menaiki Monorail juga turun di Stesen Monorail Hang Tuah. Jika menggunakan bas, naik bas Rapid KL B112 atau U423. Dari stesen Hang Tuah atau stesen bas hanya 5-15 minit jarak ke KWC dengan berjalan kaki.

Sempena Krismas ni pun banyak promosi dan hadiah KWC nak bagi korang dalam Joyful Nordic Christmas. Antaranya beg jute eksklusif dari KWC dan kalendar eksklusif KWC. Untuk tebus beg jute KWC, korang perlu belanja RM1,000 ke atas untuk tebus. Korang boleh gabung tiga resit untuk tebus beg eksklusif ini. Untuk kalendar eksklusif KWC pula hanya perlu belanja RM600 dalam maksimum 3 resit untuk tebus satu kalendar. 

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang promosi Joyful Nordic Christmas ni di KWC antaranya Kids D.I.Y Workshop. Anak-anak boleh asah kreativiti mereka untuk membuat satu kraftangan untuk dibawa pulang. Ada juga pertandingan pakaian beragam bertemakan krismas untuk anak-anak sertai. Ibu ayah perlu daftar penyertaan di kenangacity.com.my dengan subjek “Kids Cosplay Contest”. Pendaftaran dibuka sekarang.. Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang.

Lain-lain aktiviti menarik adalah persembahan tarian dan maskot yang berbeza setiap minggu sepanjang Joyful Nordic Christmas. Korang boleh selfie dengan maskot-maskot yang ada. Turut diadakan Christmas Par-Tea  untuk kanak-kanak pada 16 Disember 2023. Terhad kepada 30 kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja. Boleh daftar nama anak-anak korang di kenangacity.com.my dengan subjek “Registration for Christmas Tea Party”.

Untuk maklumat lanjut, follow media sosial KWC Fashion Wholesale di Facebook, Instagram, X, YoutubedanTiktok. Boleh juga layari laman web KWC untuk info-info terkini.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)