Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isteri Ada Masalah Saraf & Suami Ada Masalah Jantung Rayu Sumbangan
Seperti yang kita tahu, setiap orang dikurniakan dengan rezeki yang berbeza-beza. Tetapi, ia tidak menjadi penghalang kepada kita untuk tidak berbuat baik dan membantu kepada sesama manusia.
Terkadang ada golongan alami kesempitan hidup sehingga hendak mengisi perut pun tidak mampu dan terpaksa mengikat perut selalu.
Kehidupan seharian mereka diibaratkan sebagai “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Sekiranya tidak bekerja, tiadalah pendapatan pada hari tersebut.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook (Natipah Abu), berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri yang sedang sakit dan memerlukan bantuan.
Jika anda berkemampuan, bolehlah menghulurkan bantuan kepada pasangan suami isteri itu selepas membaca kisah mereka nanti.
Suami membantu berjual di sebuah gerai dengan bayaran sehari RM15, manakala isteri mencuci peralatan peniaga bazar dengan bayaran RM10 sehari
SEDEKAH JUMAAT
Pasangan ini datang bertemu kita dengan penuh pengharapan. Meminjam motosikal milik kawan, sungguh tak sangka rupanya ada lagi insan yang kurang bernasib baik seperti mereka di luar sana.
Pasangan suami isteri anak satu ini, dua-dua sakit. Suami menghidap lemah jantung manakala isteri pula sejenis sakit saraf. Mastura (38 tahun) mula mengidap Multiple Sclerosis sejak belum berkahwin lagi.
Bermula dengan kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan untuk menghadiri temuduga kerja, penglihatan Mastura ada masalah.
Hasil ujian MRI , doktor mengesahkan kulit anak mata terkoyak dan selaput otak dijangkiti kuman.
MRI kali kedua pula mendapati Mastura ada masalah slip disc. Sejak itu hidup Mastura tidak seperti dulu lagi. Oleh kerana Mastura anak tunggal, ibunya sudah lama meninggal maka, arwah ayah mendesak Mastura berkahwin.
Arwah bimbang jika dia sudah tiada nanti , siapakah yang hendak menjaga Mastura.
Bertemu jodoh dengan Nazmi (34 tahun), Mastura mengambil risiko untuk tetap hamil demi tanda cinta kasihnya kepada suami.
Selepas itu, Mastura pun menggunakan implan untuk mencegah kehamilan.
Lima tahun berkahwin, semuanya tenang-tenang saja. Nazmi bekerja sebagai kelindan lori di pasar, Mastura menjaga anak dan rumah tangga.
Tapi sekali lagi Allah uji Mastura bila masuk tahun yang ke enam perkahwinan, suaminya tiba-tiba terkena serangan jantung.
Akibat serangan jantung, jantung Nazmi sekarang lemah dan Nazmi tidak boleh bekerja berat sama sekali. Dia mudah penat.
Pasangan ini hakikatnya ingin bekerja kerana mereka sedar, anak yang masih kecil itu harus hidup tanpa kenal erti susah tapi sayang, kudrat mereka terbatas.
Mastura terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat. Walaupun boleh bercakap tapi sedihnya Mastura tetap perlu pakai pampers kerana tidak mampu menahan kencing.
Mereka suami isteri mencari rezeki dengan mengopek ikan bilis di rumah. Sekilo dibayar RM1.80 oleh peraih.
Ada menerima bantuan dari JKM, kadang-kadang mereka terpaksa berhutang dengan kedai runcit untuk sekilo beras.
Kalau tiada lauk, buah betik di depan rumah yang berbuah lebat itu selalu menjadi juadah, sayur air betik.
Anak tunggal mereka sudah berusia 5 tahun dan baru kita bantu untuk urusan pendaftaran di sebuah tadika KEMAS.
Bulan Ramadhan, Nazmi membantu berjual di sebuah gerai dengan bayaran sehari RM15 manakala Mastura pula mencuci peralatan peniaga bazar dengan bayaran RM10 sehari.
Sedekah Jumaat kita hari ini diakad dengan niat membantu pasangan ini untuk membeli sebuah motosikal bagi memudahkan mereka mengurus kehidupan.
Kita akan menyelesaikan tunggakan bil utiliti dan menyediakan keperluan asas dan meringankan keadan mereka apatah lagi Syawal bakal menjelang tiba.
Pada yang membaca kisah ini, banyak pengajaran yang tersirat. Kalau kita merasa kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Cuma kita tak tahu.
Cinta dan kasih yang tulus ikhlas adalah syarat utama untuk kebahgiaan hidup. Susah dan senang akan ditempuh bersama kalau syarat utama itu dilengkapi. Jumaat yg barakah, salam dan selawat buat Junjungan Besar kita ..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
* Akaun Sedekah Jumaat kita yang lama Maybank (552107617521) boleh digunapakai seperti biasa.
BACA: Radiasi Solar Mungkin Ganggu Signal Satelit Antara 15 Hingga 22 Mac Ini – MEASAT
Sumber: