Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kehilangan Siti Dhia: Polis Rakam Keterangan Lima Individu

Athirah
Kehilangan Siti Dhia
Kredit: Bernama

Kehilangan Siti Dhia: Polis Rakam Keterangan Lima Individu

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Lima individu telah dirakam percakapan hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua yang dipanggil merupakan ahli keluarga dan beberapa rakan Siti Dhia Batrisyia.

“Kanak-kanak itu belum lagi ditemukan dan pencarian sedang diteruskan,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, ibu kepada Siti Dhia Batrisyia percaya anak perempuannya bertindak keluar dari rumah di Pudu, di sini disebabkan perselisihan faham.

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu pada kira-kira 4 petang Selasa di kediaman mereka.

BACA: Tak Pulang Rumah Sejak 12 Mac, Sekolah & Ibu Minta Bantuan Tolong Kesan Anak

Sumber: Bernama