Siakap Keli
penduduk tarawih perahu
Gambar: TikTok @aqilfanda

Penduduk Semangat Solat Tarawih Naik Perahu Akibat Banjir Raih Perhatian

Penduduk Semangat Solat Tarawih Naik Perahu Akibat Banjir Raih Perhatian

Pada 12 Mac lalu, seluruh umat Islam telah mula berpuasa bagi menyambut ketibaan Ramadan. Bulan ini dianggap bulan suci kerana tersimpan satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Disebabkan itu, seluruh umat Islam tidak mahu melepaskan peluang ini dengan menjalani ibadah termasuk solat tarawih yang hanya ada pada bulan istimewa ini.

Baru-baru ini, dalam satu klip tular yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @aqilfanda memaparkan suasana penduduk Kampung Seberang Jambi, Indonesia ke masjid bagi menunaikan solat tarawih.

Gambar: TikTok @aqilfanda

Apa yang mencuri tumpuan adalah penduduk kampung berkenaan datang ke masjid dengan mendayung perahu. Difahamkan, kawasan berkenaan telah dilanda fenomena pasang surut-banjir di Sungai Batanghari lebih dari dua bulan.

“Ramadan kali ini mungkin berbeza untuk penduduk Seberang Jambi disebabkan mereka perlu berperahu untuk ke solat di masjid.

“Mereka juga telah membina jambatan sementara yang bertindak sebagai tempat melabuhkan perahu.

“Jambatan itu siap dibina menerusi hasil bergotong-royong,” tulisnya dalam klip video berkenaan.

Gambar: TikTok @aqilfanda

BACA: Puasa Dah Nak Dekat, Ambil Tahu Siapa Golongan Wajib Bayar Fidyah

Menurut tokoh masyarakat tempatan, Hafiz, meskipun dilanda banjir, penduduk di sini tetap melaksanakan solat tarawih dan bertadarus Al-Quran seperti biasa di Masjid Riayadul Arifin.

Gambar: TikTok @aqilfanda

“Banjir ini telah melanda hampir tiga bulan dan menenggelamkan kawasan perkampungan di sini. Fenomena ini sudah menjadi kebiasaan kerana berdekatan dengan sungai.

“Tetapi, ia biasanya surut dengan cepat namun pada kali ini sudah berlarutan hingga hampir 3 bulan,” katanya.

Tambahnya, setiap keluarga menggunakan satu perahu untuk menjalankan aktiviti harian.

Netizen kagum lihat semangat penduduk di sana

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memuji dan terharu melihat semangat penduduk tempatan dalam menyambut bulan Ramadan biarpun dinaiki air.

“Rindunya suasana macam ni. Hebat Melayu Jambi,” komen salah seorang pengguna di platform tersebut.

“MashaAllah kasih Allah pada hamba-hamba Serang Jambi. Sejuk rasa hati,” kata pengguna lain.

“MasyaAllah seronok tengok. Kemelayuan betul suasananya,” tulis seorang lagi.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan video dengan lebih 250,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna sewaktu artikel ini ditulis.

@aqilfanda

Be-Perahu untuk Taraweh. Ramadhan kali ini, mungkin berbeda untuk warga Seberang Jambi, dikarenakan sekarang harus melakukan usaha lebih untuk berperahu ketika ingin sholat ke masjid. Tetapi, warga telah menyiapkan dengan matang guna mempermudah mereka, seperti membangun jembatan sementara, untuk dijadikan pelabuhan perahu mereka, dan dibangun dengan gotong royong. Namun, kali ini sudah 2 bulan lebih pasang-surut banjir. Tidak ada tindakan yang signifikan dari pemerintah ketika melihat daerah langganan banjir terkena dampak. Mungkin karena mereka menyangka, warga sudah beradaptasi. Padahal belum tentu.

♬ original sound – aqilhehe – aqilhehe

Sumber: TikTok @aqilfanda, Detiksumbangsel

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?