Siakap Keli
Gambar: Bernama

Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi 2024

Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi 2024

Zakat fitrah merupakan salah satu bayaran zakat yang wajib dibayar setiap kali bulan Ramadan. Zakat ini disyarakkan bagi setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Berkenaan kadarnya pula adalah satu cupak makanan ruji yang bersamaan dengan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Di Malaysia, kadar bayaran zakat fitrah berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Berdasarkan infografik Sinar Harian, terdapat lima negeri yang memiliki kadar bayaran zakat fitrah yang serupa pada tahun 2024, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Pahang dan Kelantan.

Kadar minimum bagi kelima-lima negeri ini adalah RM7 (Beras Tempatan), dikuti RM14 (Beras Import) dan RM21 (Beras Basmathi).

Di Kedah, penganut agama Islam perlu membayar zakat fitrah pada kadar RM7, RM14.50 atau RM22. Nilai ini lebih kurang sama dengan bayaran zakah fitrah di Wilayah Persekutuan iaitu RM7, RM15 dan RM22.

BACA: Bayar Zakat Fitrah Online, Guna Aplikasi Maybank MAE Sahaja

Bagi Negeri Sembilan pula, penduduknya perlu membayar zakat pada kadar RM7, RM12,50 atau RM22.

Berdasarkan senarai ini, Johor mengenakan kadar bayaran zakat fitrah paling rendah bagi individu yang menggunakan beras import dan basmathi sebagai makanan ruji (RM7, RM12 dan RM20).

Manakala, Perak merupakan negeri yang menetapkan kadar bayaran zakat fitrah sebanyak RM8, RM16, RM24.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pula telah menetapkan dua kadar zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM10 dan RM22.

Tiga buah negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Perlis hanya menetapkan satu kadar bayaran zakat fitrah buat penduduknya.

Untuk Sabah dan Sarawak, hanya satu kadar zakat yang ditetapkan oleh badan agama di negeri masing-masing. Kadar bayaran zakat di Perlis adalah RM7, manakala Sabah dan Sarawak pula menetapkan kadar sebanyak RM7.50.

kada zakat 2024
Kredit: Sinar Harian

BACA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.