Siakap Keli
singapura bantuan gaza udara
Kredit: MINDEF SIngapura

Singapura Akan Gugurkan Bantuan Ke Gaza Melalui Udara

Singapura Akan Gugurkan Bantuan Ke Gaza Melalui Udara

Bantuan kemanusiaan Singapura kepada Gaza untuk peringkat ketiga telah tiba di Jordan dan pasukan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dijadualkan bakal menggugurkan bantuan tersebut melalui udara tidak lama lagi.

Pakej kemanusiaan tersebut mengandungi pek-pek makanan, bekalan serta peralatan perubatan yang diperlukan oleh penduduk Gaza.

Menteri Luar Negeri (MFA) dan Menteri Pertahanan (MINDEF) berkata pada Ahad, inisiatif ini diambil oleh kerajaan Singapura menerusi rundingan bersama pihak Jordan berdasarkan keperluan di tanah Gaza.

CNA melaporkan, Singapura dan beberapa negara lain berusaha untuk menggugurkan bantuan secukupnya bagi membendung kebuluran di sana.

Difahamkan, tindakan menyalurkan bantuan kemanusiaan menerusi ruangan udara dipilih susulan kebanyakan jalan darat tidak dapat diakses.

Pihak RSAF akan melaksanakan operasi  pengguguran bantuan terbabit bersama-sama pasukan Tentera Udara Diraja Jordan.

“Singapura akan terus menggesa gencatan senjata kemanusiaan dengan kadar segera dan mendesak semua pihak untuk membenarkan pemberian bantuan kemanusiaan segera, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang terjejas di Gaza,” kata MFA dan MINDEF.

Tambahnya lagi, Singapura akan bekerjasama bersama beberapa pihak di Timur Tengah dan pasukan kemanusiaan tempatan bagi menawarkan bantuan tambahan dan sokongan buat komuniti yang terjejas.

Sementara itu, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah mengerahkan Pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) pada Jumaat lepas.

Selain itu, pesawat pemunggah C-130 A330 dengan 69 anggota turut dikerah bagi misi ini, jelas MFA pada 15 Mac 2024.

Menteri Luar Negeri, Vivian Balakrishnan menggambarkan bantuan ini sebagai tanda rakyat Singapura bersimpati dan mengambil berat atas nasib warga Palestin di Gaza.

Kerajaan Jordan pula dilaporkan akan terus membawa masuk bekalan kemanusiaan ke kawasan yang terjejas. Pihaknya berharap agar bantuan yang diberikan sewaktu Ramadan ini bukan hanya meredakan keperitan yang dialami tetapi juga membawa harapan kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat perang.

Berkenaan dengan tarikh pengguguran bantuan, jadual sebenar tidak dapat didedahkan atas faktor keselamatan operasi.

Sungguhpun begitu, Jordan menegaskan bahawa setiap bantuan yang datang akan dihantar ke Gaza secara terus melalui udara.

BACA: Ini Tips Untuk Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan

Sumber: CNA

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma