Siakap Keli
Kenapa tiada kereta solar
Gambar: Tesla

Asyik Kereta EV je, Kenapa Tiada Kereta Solar? Ini Sebabnya

Asyik Kereta EV je, Kenapa Tiada Kereta Solar? Ini Sebabnya

Sejak dari dahulu kenderaan berenjin dikuasakan dengan minyak petrol dan diesel sebagai bahan bakar.

Untuk jangka masa panjang, sumber bahan bakar ini semakin berkurangan bahkan penggunaannya yang tidak mesra alam membuatkan para syarikat pengeluar kereta mencipta kereta yang berinovasikan sumber tenaga alternatif iaitu elektrik atau Electrical Vehicle (EV).

Tahun demi tahun, semakin ramai yang mula beralih kepada kenderaan ini kerana dilengkapi pelbagai ciri baharu termasuk mesra alam.

Tapi, perasan atau tidak kenapa syarikat pengeluar kereta hanya mengeluarkan kereta yang menggunakan sumber tenaga elektik sahaja dan bukannya sumber tenaga solar?

Sedangkan hampir setiap hari matahari menerangi bumi bahkan jika menggunakan sumber ini, ia jauh lebih menjimatkan. Nak tahu kenapa tiada kereta ini digunakan di jalan raya, jom ikuti perkongsian di bawah.

Kenapa Tiada Kereta Guna Tenaga Solar?

Gambar; Tesla

Seperti yang kita tahu, matahari adalah sumber tenaga tanpa had dan ia mampu mampu membekalkan sumber tenaga.Bukan itu sahaja, ia juga tidak membebaskan gas-gas yang boleh menghakis gas rumah hijau seperti pelepasan gas karbon dioksida oleh petrol.

Oleh itu, tentu anda hairan kenapa syarikat kereta melaburkan berbilion-bilion dalam projek kenderaan elektrifikasi dan hidrogen tetapi tidak pada kenderaan berkuasa solar?

Perkara ini disebabkan kebolehupayaan penyerapan panel solar bersaiz kereta yang sangat terhad akibat faktor dunia sebenar.

Secara teori panel solar bersaiz kereta misalnya panel solar Tesla Model 3 mampu menerima 12 kW bersamaan dengan 16 hp secara terus daripada matahari.

Gambar: AFP

Kuasa itu sudah cukup untuk memastikan Model 3 bergerak pada kelajuan 100 km/j (62 mph) tanpa perlu mengecas. Namun, mengambil kira pantulan cahaya matahari hingga tanah (permukaan bumi), ia sedikit sukar.

Apabila cahaya matahari dipancarkan dan diserap atmosfera, hanya kira-kira 55 peratus daripada tenaga yang diterima hingga menyentuh tanah.

BACA: Lampu Minyak Dah Mula Berkelip, Guna Cara Ni Kira Baki Petrol Dalam Tangki

Tambahan lagi. sumber tenaga ini hanya boleh diserap pada waktu siang dengan puncak tenaga tertinggi adalah pada tengah hari.

Manakala pada pagi dan petang pula, kedudukan matahari yang lebih rendah menjadikan pengecasan tenaga ini menjadi terhad.

Teknologi yang terhad

Gambar: Stefano Rellandiri/APF

Selain itu, faktor untuk mewujudkan kereta solar sukar untuk direalisasikan adalah kerana teknologi yang terhad.

Meskipun panel solar mampu menyerap tenaga maksimum, namun ia hanya mampu menukarkan sekitar 33.7 peratus daripada tenaga suria yang diserap menjadi sumber tenaga elektrik untuk digunakan.

Jika mengambil kira tahap kehilangan kecekapan pengecasan dan motor, tenaga yang cukup hanya mampu menggerakkan kereta pada 12 km/j (12 mph) tidak termasuk kelajuan pecut.

Meskipun membiarkan kereta itu di bawah matahari bagi mengumpul tenaga, namun proses itu mengambil waktu yang agak lama.

Berdasarkan Tesla Model 3, ia mengambil masa 200 jam (8.3 hari) untuk mengecas sepenuhnya bateri 75-kWj tanpa cuaca mendung,

Meskipun mempunyai cuaca dan panel solar yang sempurna, masa yang diambil

Mengambil kira perkara ini, ia bukanlah sesuatu pelaburan yang bagus dan praktikal. Oleh itu, penggunaan kereta solar di atas jalan raya adalah tidak releven.

Sumber: Road and Track

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?