Siakap Keli
imam meninggal dunia solat subuh
Kredit: Detik.com

Kematian Dicemburui, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Subuh Di Masjid

Kematian Dicemburui, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Subuh Di Masjid

Seorang pensyarah dilapor meninggal dunia ketika mengimamkan solat subuh di Masjid Agung Kabupaten Takalar, Sulawesi Selatan, Ahad lepas.

Allahyarham Mujahid Said yang juga merupakan tenaga pengajar di Institut Agama Islam Negeri Bone (IAIN Bone) hadir ke masjid berkenaan selaku panel juri Majlis Tilawah Al-Quran Talakar Ke-33 yang diadakan di sana.

Menurut laporan media tempatan, detik-detik Allahyarham Mujahid memimpin jemaah Solat Subuh itu sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia turut berjaya dirakam CCTV di masjid berkenaan.

Rakaman tersebut kemudian dikongsikan oleh ke media sosial dan menjadi tular sehingga menarik perhatian ramai warga maya.

Menerusi video tersebut, Allahyarham Mujahid yang juga seorang ulama di Sulawesi Selatan dilihat rebah di atas sejadah ketika rukuk sebelum meninggal dunia.

Allahyarham Mujahid merupakan panel hakim dalam Majlis Tilawah Al-Quran di Indonesia

Pengurus Cawangan Nahdlatul Ulama (PCNU), Firman Ahmad dilaporkan berkata, pemergian Allahyarham Mujahid amat mengejutkan kerana beliau masih sihat dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

“Setahu saya, dia dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif mengajar di kampus,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Detik.com.

Tambah Firman lagi, jenazah Allahyarham kemudian dibawa dan dikebumikan di Bukaka, Kecamatan Tanete Riattang, Kabupaten Bone pada hari yang sama.

“Dia juga menganggotai Dewan Hakim Majlis IV Cawangan Hifzh Al-Quran Kumpulan 1 Juz dan Tilawah, 5 Juz dan Tilawah MTQ Peringkat Provinsi Sulawesi Selatan di Talakar

“Allahyarham merupakan panel hakim di sana,” ujarnya.

BACA: Jepun Berjaya Cipta Peranti Prototaip 6G Pertama Di Dunia, 20x Lebih Pantas Dari 5G

BACA: Komuniti Bola Sepak Thailand & Indonesia Turut Bersolidariti Untuk Faisal Halim

Sumber: Detik.com

Athirah

When nothing goes right, go left.