Fenomena Micromoon Dijangka Berlaku Pada Sabtu, Jam 11.44 Malam Ini
Planetarium Negara memaklumkan bahawa fenomena micromoon dijangka akan berlaku pada jam 11.44 malam, hari ini.
Menurut Planetarium Negara dalam satu hantaran di laman Facebooknya, ketika itu Bulan berada di titik paling jauh dengan Bumi di orbit yang disebut sebagai Apogee.
Fenomena berkenaan bagaimanapun lebih kerap disebut sebagai micromoon yang menyaksikan bulan kelihatan lebih kecil dan kurang terang.
Ketika fenomena itu berlaku, Bulan berada pada jarak kira-kira 406,292 kilometer (km) dari Bumi.
Menurut Planetarium Negara lagi, selain Apogee, terdapat satu lagi fasa iaitu Perigee yang merujuk kepada kedudukan Bulan paling dekat dengan Bumi di orbit.
Semasa fenomena Perigee berlaku, Bulan akan berada pada kedudukan 356, 895km dari Bumi.
Maksud di sebalik Apogee dan Perigee
Menurut portal National Geographic, Bulan di posisi Perigee bermaksud Bulan berada pada titik paling hampir dari Bumi. Manakala di posisi Apogee bermaksud Bulan berada pada titik paling jauh dari Bumi.
Di dalam satu-satu tahun, jarak perigee dan apogee berbeza-beza di antara satu sama lain.
Sekiranya bulan purnama berlaku hampir sama waktu dengan ketika di posisi Perigee, ia dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee ataupun kini dikenali sebagai supermoon atau full supermoon.
Berdasarkan data astronomikal, full supermoon berlaku tiga atau empat kali setahun, manakala micromoon menyumbang kepada dua atau tiga kitaran penuh bulan.
Paras air laut turut berkaitan dengan fenomena tersebut
Menurut portal Fox Weather pula, istilah supermoon dan micromoon bukanlah sebahagian daripada mana-mana istilah saintifik rasmi.
Namun begitu, kedua-dua istilah berkenaan telah digunakan secara meluas dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menggambarkan peristiwa cakerawala.
Fenomena supermoon dan micromoon yang berlalu akan memberikan kesan secara langsung kepada aktiviti pasan surut air laut.
Semasa fasa supermoon, tarikan graviti Bulan akan meningkat yang menyebabkan kenaikkan kejadian air pasang surut.
Paras air yang meningkat dalam fasa supermoon disebut King Tides dan boleh menyebabkan banjir di sepanjang pantai dan laluan air.
Manaka semasa fasa micromoon pula, tarikan graviti Bulan pula berkurangan hingga menyebabkan julat kejadian air pasang surut menurun di bawah paras purata.
BACA: Pelajar Perempuan Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Tiga Bangunan Sekolah
https://www.facebook.com/planetariumnegara/posts/pfbid0g5DfGvxML8uvhEwFZrAw6pyjsgJVNecBoLzWqnMuTsMptN8KTFRtXjrvT7wnK1ECl
Sumber: Planetarium Negara via Facebook, National Geographic, Fox Weather