Siakap Keli
Tanda ECU kereta rosak
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Lima Tanda ECU Kereta Rosak, Nombor 4 Paling Ramai Terlepas Pandang

Lima Tanda ECU Kereta Rosak, Nombor 4 Paling Ramai Terlepas Pandang

Sebut sahaja ECU kereta, tentu ramai pemandu sudah mengetahui bahawa ia merupakan salah satu komponen terpenting dalam kebanyakan model kenderaan.

Unit Kawalan Elektronik atau Electric Control Unit (ECU) berkait rapat dengan sistem enjin kenderaan. Jika berlaku sebarang kerosakan pada enjin kereta, ia bakal mempengaruhi pemanduan kereta anda atau lebih teruk menyebabkan kerosakan pada enjin.

Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan lima tip yang disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @altimatsaujana berhubung tanda-tanda ECU kereta rosak.

Tanda ECU Kereta Korang Rosak

Tanda ECU kereta rosak
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Dalam klip berdurasi 1 minit 9 saat itu, lelaki terbabit menjelaskan terdapat lima tanda-tanda ECU kereta dah rosak.

1. Prestasi enjin menurun

Katanya, ECU mana-mana kereta yang tidak berada dalam keadaan baik boleh mempengaruhi timing enjin kereta. Ia sekaligus menyebabkan kecekapan pembakaran dalaman enjin tidak efektif.

Perkara ini menjadikan prestasi enjin kereta merudum.

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

2. Enjin kereta tersengguk-sengguk

Menurutnya, rata-rata kenderaan akan mengalami keadaan enjin kereta tersengguk-sengguk. Namun, pemandu harus peka kerana masalah ini tidak berlaku setiap masa.

3. Lampu indikator enjin menyala

Jika lampu indikator amaran enjin menyala atau berkelip-kelip, ia bermaksud sistem komputer mengesan potensi masalah pada bahagian enjin kenderaan.

Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kerosakan sensor ataupun kerosakan litar.

4. Minyak kereta cepat habis 

Tanda ECU kereta rosak
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Salah satu tanda masalah ECU kereta adalah minyak kereta habis dengan cepat atau tidak normal. Mungkin ramai yang menggangap perkara ini satu perkara biasa namun tidak.

Ini kerana enjin kenderaan anda berdepan dengan kesukaran untuk mengenal pasti kadar bahan api yang sesuai untuk di hantar ke enjin untuk proses pembakaran.

5. Enjin kereta tak boleh hidup

Pastinya setiap daripada pemandu pernah berdepan dengan masalah enjin tidak dapat dihidupkan. Perkara ini mungkin boleh terjadi akibat masalah ECU kereta anda.

Ujarnya, situasi ini berlaku apabila ECU tidak lagi dapat menghantar input elektronik kepada enjin seperti biasa.

Selain itu, masalah ini juga oleh terjadi akibat masalah komponen lain seperti bateri, alternator starter dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

@altimatsaujana

5 tanda ECU kereta korang dah rosak ! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #checkenjin #lampucheckengin #ecu

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

Sumber: TikTok @altimatsaujana

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?