Siakap Keli
kronologi Serangan Pengganas
Gambar: AFP

Kronologi Serangan Pengganas: Dari Sebuah Konsert Bertukar Jadi Detik Hitam di Moscow

Kronologi Serangan Pengganas: Dari Sebuah Konsert Bertukar Jadi Detik Hitam di Moscow

Angka kematian dalam satu serangan pengganas yang berlaku di Dewan Bandaraya Crocus City di wilayah Moscow pada lewat Jumaat meningkat kepada 143 orang, lapor Bernama.

Menurut CNN, perkara itu turut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dan menyatakan ia merupakan tragedi serangan pengganas terburuk dalam negara itu sejak beberapa dekad.

Difahamkan, pihaknya menjangkakan angka tersebut akan terus berikutan petugas kecemasan berada di lokasi kejadian. Manakala lebih 100 mangsa yang lain cedera termasuk dua kanak-kanak dalam kejadian itu.

Gabenor wilayah Moscow, Andrey Vorobyov pada Sabtu berkata mangsa serangan pengganas itu akan menerima pampasan kewangan daripada wilayah dan kerajaan bandar.

Gambar: AFP

Mangsa yang meninggal dunia akan diberikan pampasan bernilai $32,500 (le bih RM153,000), manakala mereka yang cedera akan menerima $10,840 (lebih RM51,300) setiap seorang.

“Kanak-kanak yang berdaftar di wilayah Moscow yang kematian bapa atau ibu mereka dalam tragedi itu juga akan menerima bayaran bulanan. Di samping itu, kami akan memberi pampasan kepada semua orang untuk perbelanjaan pengebumian dan menyelesaikan semua isu undang-undang,” tambah Vorobyov

Kronologi Insiden

Gambar: AFP

Pada malam kejadian, orang ramai masuk ke dewan tersebut sebelum persembahan oleh kumpulan Picnic dengan kira-kira 6,500 tiket dilaporkan telah habis dijual.

Bagaimana kemeriahan suasana itu bertukar detik hitam buat sejarah Rusia apabila lokasi itu menjadi ‘lautan darah’ terhadap ratusan mayat dalam satu serangan pengganas.

Dalam satu rakaman yang sempat dirakamkan oleh saksi memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata memegang senjata api jenis automatik mula menembak secara rambang bersama alat pembakar.

Orang ramai yang berada dalam dewan berkenaan mula menjerit ketakutan sambil mencari perlindungan di belakang kerusi.

BACA: Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60

Susulan itu, SWAT telah dikerahkan ke lokasi kejadian termasuk lebih 70 pasukan ambulans dan doktor bagi merawat mangsa. Insiden itu mengakibatkan sebahagian dewan tersebut runtuh akibat kebakaran yang berlaku sehingga Sabtu.

Menurut Kementerian Kecemasan Rusia, hampir 500 anggota ditugaskan dalam melakukan misi mencari dan menyelamat (SAR) di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengurus kumpulan Picnic memaklumkan kepada media kerajaan bahawa ahli kumpulan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siapa Pelaku Serangan?

Dalam satu kenyataan ringkas yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di Telegram pada Jumaat berkata, ISIS mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Bagaimanapun, identiti kumpulan terbabit masih belum dikenal pasti susulan kesemua mereka memakai topeng muka sebelum melarikan diri.

Sumber: CNN, Bernama

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?