Siakap Keli
Mencuri Pakaian Dalam Wanita
Kredit: Sinar Harian

Polis Buru Lelaki Tular, Disyaki Curi Pakaian Dalam Wanita

Polis Buru Lelaki Tular, Disyaki Curi Pakaian Dalam Wanita

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri pakaian dalam wanita di sebuah  rumah di Titi Teras di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 10.30 pagi, pada 12 Mei lalu.

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Solok Titi Teras 1, Taman Titi Height.

“Berdasarkan laporan yang diterima, wanita berkenaan telah menyedari pakaian dalam kepunyaannya yang disidai di ampaian di hadapan rumahnya telah hilang.

“Wanita itu kemudiannya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya. Di dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalam miliknya di ampaian,” katanya.

Suspek kemudian beredar daripada rumah mangsa dengan menaiki sebuah motosikal.

“Sehubungan itu, kita memohon orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes ini supaya tampil di mana-mana balai polis untuk menyalurkan maklumat kepada polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujar Kamarul.

Terdahulu, satu video klip berdurasi 60 saat memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal telah memanjat pagar sebuah rumah lalu mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian menjadi tular di media sosial.

Pada waktu yang sama, suspek yang memakai topi keledar kemudiannya bergegas meninggalkan rumah terbabit dengan menunggang motosikalnya.

BACA: Luluh Hati Ibu Ketika Tatap Wajah Anak Yang Maut Dalam Kemalangan Lori Simen Di Lojing

Sumber: Polis Daerah Barat Daya

Athirah

When nothing goes right, go left.