Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Bagi Memantapkan Tadbir Urus Dan Tatakelola Pengurusan Kewangan

Nurul Naqiyah
Sumber : BERNAMA

Kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Bagi Memantapkan Tadbir Urus Dan Tatakelola Pengurusan Kewangan

  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited melaksanakan usaha untuk menambah baik dan memantapkan lagi tatakelola pengurusan kewangan khususnya dalam aspek perolehan kerajaan. Ini bagi memastikan nilai pelaburan awam dapat dimaksimumkan dan mencegah sebarang ketirisan daripada berlaku. Ia juga selaras dengan misi dan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan tadbir urus dan tatakelola kewangan negara diurus dengan telus dan terhindar dari segala penyelewengan serta salah guna kuasa.

  • Dalam urusan perolehan kerajaan, tipuan bida merupakan salah satu daripada risiko di samping risiko rasuah, kebocoran maklumat, pecah amanah dan salah guna kuasa. Pihak KBS memberi perhatian serius mengenai risiko tersebut dan telah mengadakan beberapa sesi perjumpaan dengan pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam usaha menangani isu kartel tipuan bida yang tertakluk di bawah Akta Persaingan 2010.

  • Pada 20 Februari 2024, pihak pengurusan KBS dan MyCC telah mengadakan perbincangan susulan untuk memperkukuhkan kerjasama khususnya dalam tiga (3) aspek iaitu advokasi mengenai anti persaingan, nasihat polisi daripada pihak MyCC, dan perkongsian maklumat serta pelaporan kes yang disyaki boleh menjadi pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010 untuk penyiasatan lanjut. Untuk maklumat lanjut berkaitan siaran media ini, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan di talian 03-8871 3100 atau e-mel [email protected].

  • Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan, PK 1.6 (Integriti Dalam Perolehan Kerajaan), kementerian perlu memberi perhatian yang serius mengenai isu kartel tipuan bida dalam perolehan kerajaan dan melaporkan kepada pihak MyCC sekiranya terdapat tanda-tanda yang menjurus kepada kartel tipuan bida.

  • Sehubungan itu, tawaran daripada syarikat/kontraktor yang menyertai tender dan sebut harga akan diteliti bukan sahaja dalam aspek teknikal dan kewangan tetapi juga bebas daripada kartel tipuan bida atau collusion. Pihak KBS ingin mengingatkan pihak syarikat/kontraktor supaya membuat pengisytiharan non-collusion dan tidak terlibat dalam sebarang pakatan harga semasa menyertai mana-mana perolehan di KBS.

  • Menjadi tanggungjawab pihak KBS khususnya pegawai-pegawai yang terlibat untuk memastikan urusan perolehan kerajaan dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan iaitu Akauntabiliti Awam, Ketelusan, Nilai Faedah Terbaik, Persaingan Terbuka, serta Adil dan Saksama.