Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PENDANG, 24 Mac – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, KKDW memperuntukkan RM50.716 juta untuk pelaksanaan 25 projek pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, KEDA tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata projek berkenaan termasuk sebelas projek prasarana bernilai RM30.5 juta, enam projek ekonomi dan pertanian berjumlah RM8.45 juta, lima projek pembangunan modal insan sebanyak RM8.875 juta dan tiga projek usahawan dengan kos RM2.85 juta.
“KEDA turut memperuntukkan RM11.3 juta melalui sembilan program bantuan ekonomi dan keusahawanan yang memfokuskan kepada peniaga, petani dan usahawan”.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan program iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al- Falah, Felda Sungai Tiang di sini hari ini.
Pada majlis sama, Datuk Seri Zahid yang juga Menteri KKDW menyerahkan geran hak milik rumah PPRT Desa KEDA Teluk Teduri, Baling kepada 11 keluarga melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.
Turut disampaikan bantuan bagi Program bantuan Ekonomi dan Keusahawanan KEDA berjumlah RM2.585 Juta kepada wakil penerima.
Manakala peruntukan RM75,000 diserahkan kepada wakil kepimpinan Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa-Desa KEDA seluruh negeri Kedah bagi Program Pengimarahan Masjid sepanjang bulan Ramadan.
Selain itu lima penerima Program Agromakanan RISDA menerima bantuan berjumlah RM 100,000.
Turut disampaikan bantuan kelengkapan sekolah melalui Program `Welcome to School’ sumbangan FELDA kepada 144 murid di Zon Pendang, dengan jumlah RM21,600.
Tidak ketinggalan sumbangan duit raya kepada 100 pelajar tahfiz, anak yatim, ibu tunggal dan guru agama dengan jumlah keseluruhan RM10,000.
Dalam pada itu, hampir dua ribu masyarakat setempat diraikan di Majlis Santunan Kasih Ramadan di lokasi kelapan program anjuran KKDW ini.
Program Iftar yang memasuki tahun kedua penganjurannya ini untuk merapatkan ukhwah masyarakat desa bersama Kementerian dan agensi.
Majlis berikutnya akan diadakan di Kuala Langat, Selangor dan berakhir di Bagan Datuk, Perak.