Siakap Keli
elak ditipu peniaga emas
Gambar: Bernama

Elak Ditipu, Perhatikan Betul-Betul Penjual Yang Tak Buat Begini Masa Timbang Emas

Elak Ditipu, Perhatikan Betul-Betul Penjual Yang Tak Buat Begini Masa Timbang Emas

Setiap kali tiba musim perayaan, tentunya banyak kedai-kedai yang menawarkan harga runtuh dan promosi “kaw-kaw” kepada pelanggan mereka termasuk premis emas. 

Ini kerana, saat inilah orang ramai keluar mencari barang persiapan bagi menyambut perayaan. Jadi, tidak hairan pelbagai strategi digunakan oleh para peniaga untuk menarik perhatian pelanggan.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, pasti ramai yang ingin kelihatan bergaya dengan melaram dengan emas perhiasan baru. Tentunya banyak kedai-kedai emas kini telah mula diserbu oleh orang ramai yang ingin membeli emas kerana waktu inilah pelbagai promosi ditawarkan.

Antara jenis emas yang terdapat di pasaran termasuklah  Emas 24 Karat (999), Emas 22 Karat  (916), Emas 21 (875), Emas 18 Karat (750), Emas 14 Karat (585) dan Emas 9 Karat (375).

Namun, sewaktu pembelian emas adalah momen yang paling penting untuk meneliti segala perkara agar dapat mengelakkan kita ditipu atau diperdaya. Lebih-lebih lagi sewaktu proses timbangan barangan kemas ini.

Gambar: Bernama

“Sesiapa yang beli barang kemas ni, sila hati-hati”

Oleh itu, penting untuk setiap orang mengetahui perkara ini sewaktu pembelian emas. Jom min kongsikan tip yang disampaikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah. 

1.Pastikan alat penimbang diletakkan di depan anda

Perkara ini bagi memastikan anda dapat melihat dengan jelas berat dan menyemak pada “tag” barangan kemas itu sama seperti angka penimbang. Sebagai pengguna anda juga berhak untuk melihat proses perhiasan yang bakal menjadi milik sendiri. 

2.Tiada barangan tambahan lain sewaktu emas ditimbang

Kenapa hanya emas sahaja yang perlu ditimbang? Ini kerana ia boleh mempengaruhi berat timbangan barangan tersebut. Untuk lebih kepastian, anda mungkin boleh membawa magnet untuk mengesan ketulenan emas tersebut.

Jadi, sekiranya ada melihat peniaga tidak membuang tanda harga atau barangan lain pada emas semasa menimbang, anda mempunyai hak untuk memberitahu perkara ini. 

Jadi dua perkara ini perlu diteliti oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membeli emas. Perkara ini kerana sedikit perubahan berat sahaja pun dah boleh mempengaruhi harga dengan perbezaan puluhan ataupun ratusan ringgit.

Emas perhiasan pun perlu dikenakan zakat?

elak ditipu penjual emas
Gambar: Bernama

Setelah memiliki barangan berharga ini, tahukah anda sebenarnya emas perhiasan wajib dizakatkan termasuk emas yang disimpan sepanjang tahun? 

Hukum asal sebarang bentuk pemakaian emas tidak diwajibkan zakat. Dengan memakai emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang.

Namun emas perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. 

Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800 gram. Justeru, sebarang pemakaian yang berulang mahupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

elak ditipu penjual emas
Gambar: PPZ

Emas Yang Disimpan

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai atau tidak digunakan sebagai perhiasan sama ada bagi tujuan pelaburan dan sebagainya. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama. Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. 

Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Gambar: PPZ

Tunai zakat emas anda di sini

Dah Beli Emas, Jangan Lupa Pula Tentang Zakat Fitrah

Dalam kesibukan membeli dan membuat pelaburan emas sebelum raya, jangan pula lupa dalam bulan Ramadan ini, umat Islam juga perlu melunaskan satu kewajipan iaitu membayar Zakat Fitrah. 

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Zakat Fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar pada bulan Ramadan. 

Kalau tidak berkesempatan untuk ke kaunter, Zakat Fitrah kini boleh dibayar secara atas talian sekaligus dapat membantu melancarkan urusan seharian orang ramai. Anda boleh terus membuat pembayaran Zakat Fitrah di sini

elak ditipu penjual emas
Gambar: Bernama

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?