Siakap Keli
cara tetapkan kata laluan mae

Mudah Je, Ni Cara Tetapkan Semula Kata Laluan Melalui Aplikasi MAE

Memandangkan zaman sekarang penggunaan Internet telah menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat, banyak perkara fizikal telah dipindahkan dalam talian.

Sebagai contoh paling dekat ialah penggunaan akaun bank, di mana satu aplikasi telah diwujudkan untuk memudahkan orang ramai memeriksa baki akaun, membuat pemindahan dan banyak lagi tanpa perlu pergi ke cawangan bank atau mesin juruwang automatik (ATM).

Disebabkan itu, penggunaan e-mel dan kata laluan sering digunakan, dijadikan sebagai ‘kod pengesahan’ seseorang individu. Apabila mempunyai kata laluan yang sama pada setiap akaun, ia akan menjadi tidak selamat.

Lebih parah apabila kata laluan tersebut digunakan pada banyak akaun. Oleh itu, artikel kali ini adalah untuk menunjukkan cara bagaimana mahu menetapkan semula kata laluan menerusi aplikasi MAE bagi pengguna Maybank.

Cara-cara menetapkan semula kata laluan menerusi aplikasi MAE

Kredit: Maybank/Facebook

Yang pertama, buka aplikasi MAE.

Kemudian, dalam aplikasi MAE tekan pada ikon tetapan di atas yang berada di bahagian kiri.

Setelah itu, tekan Maybank2u.

Pilih atau tekan forgot password.

Seterusnya, pilih cara untuk menetapkan semula kata laluan dan isikan butiran dalam ruangan yang disediakan.

Sahkan nama pengguna dan klik pada reset password.

Selepas itu, masukkan kata laluan yang baru dan lakukan pengesahan OTP (nombor akan diberi menerusi SMS).

Tekan done untuk menetapkan semula kata laluan anda dan selesai.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Maybank/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana