Siakap Keli
billionaire jepun bina trek
Sumber: ESPN F1 via Facebook

Duit Banyak, Billionaire Jepun Bina Trek Lumba Peribadi Di Atas Gunung

Duit Banyak, Billionaire Jepun Bina Trek Lumba Peribadi Di Atas Gunung

Seorang billionaire Jepun dilapor telah membelanjakan sekitar £160 juta (£1/RM5.97) untuk membina sebuah litar lumba peribadi di atas sebuah kawasan pergunungan di Jepun.

Sejak beberapa hari lepas, gambar litar berkenaan yang dikenali sebagai Magarigawa menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, menurut LADBible litar yang menghadap Gunung Fuji dan Teluk Jepun itu sebenarnya sudah dibuka sejak tahun lepas lagi, pada 29 Julai 2023.

Difahamkan, Magarigawa adalah litar lumba persendirian yang pertama di Asia dan kelihatan seolah-olah seperti litar yang ada dalam siri permainan video simulator perlumbaan, Gran Turismo (GT).

Mirip litar Grant Turismo, billionaire Jepun bina trek peribadi

Litar itu boleh dianggap sebagai kawasan riadah mewah untuk billionaire berkenaan direka khas oleh pereka litar terkenal, Tilke Engineers & Architects.

Pembinaannya mengambil masa kira-kira tiga tahun dan dilakukan oleh Maeda Corporation. Syarikat itu adalah syarikat sama yang pernah menghasilkan kajian kebolehlaksanaan untuk membina Grand Valley Speedway di dunia nyata.

Lebih menarik lagi, litar sepanjang 2.17 batu itu mempunyai 22 selekoh dan laluan lurus sepanjang 800 meter dengan pemandangan indah Teluk Tokyo dan Gunung Fuji yang menakjubkan.

Walaupun dibina sebagai litar peribadi, akses turut dibuka kepada orang luar namun hanya terhad kepada mereka yang menjadi ahli Kelab Magarigawa.

Mereka yang mahu menjadi ahli dikenakan bayaran sebanyak ¥36,000,000 (¥100/RM3.12) serta yuran tahunan sebanyak ¥220,000.

Ada paddock khas dan banyak lagi untuk ahli kelab kategori high-tier

Dalam pada itu, Magarigawa turut menyediakan 25 paddock khas termasuk lodging untuk bermalam dengan empat tempat letak kereta. Bilik ini dibina dengan sistem kawalan iklam dan ruang penyelenggaraan kenderaan. Malah, mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan mekanik-mekanik yang bertugas di litar itu.

Namun begitu, kemudahan ini terhad dan hanya ditawarkan kepada mereka yang menjadi ahli kelab high-tier sahaja.

Oleh itu, diperingkat awal, ada ahli-ahli yang sanggup membida sehingga ¥800 juta untuk mendapatkan akses kepada kawasan-kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat juga rumah kelab yang dilengkapi dengan kolam renang, mata air panas semula jadi, bar, gimnasium, bilik karaoke, ruang keluarga, dan ruang makan.

Menurut LADBible lagi, litar itu dibina selepas billionaire itu mahukan sebuah kawasan lumba yang membenarkan dia membawa isteri dan anak-anaknya ke trek.

BACA: Sudah Mampu Sara Sendiri Keluarga, Asnaf Mahu Tarik Diri Dari Terus Terima Bantuan

Sumber: ESPN F1, GTPlanet, LADBible

Sharifah Hannah Adibah