Siakap Keli
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat
Gambar: Astro Awani via fb PMO

Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam Termasuk Lantikan Kontrak, RM250 Buat Pesara

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Anwar juga memaklumkan bantuan sebanyak RM250 akan diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, lapor Astro Awani.

Difahamkan, bantuan tersebut dijangka disalurkan kepada golongan tersebut pada 5 April, Jumaat ini.

“Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteren tidak berpencen.

“Saya telah maklum kepada perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini 5 April 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis di Dewan De’ Seri Endon, Putrajaya pada hari ini.

Info lanjut menyusul.

Sumber: Astro Awani via FB PMO

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?