Tular, Peniaga Jual Lontong “Gergasi” Di Bahu Jalan Raih Perhatian
Setiap kali melancong ke Indonesia, tentunya kita tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dan budaya di sana selain bentuk muka buminya yang menarik untuk diterokai.
Bukan sahaja terkenal sebagai negara yang memiliki beberapa panorama gunung berapi, Indonesia juga terkenal dengan menu makanan yang wajib dicuba.
Salah satunya adalah lontong, makanan yang paling popular di negara tersebut. Difahamkan, makanan ini merupakan makanan warisan turun temurun dan berasal daripada Jawa Indonesia.
Kebiasaannya, makanan ini menjadi menu wajib sewaktu majlis atau musim perayaan seperti Aidilfitri, majlis berbuka puasa dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mempunyai idea tersendiri dengan menjual lontong di bahu jalan.
Disebabkan makanan ini mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri, ia mudah mendapat sambutan masyarakat bahkan disukai rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, tular seorang peniaga di Jakarta Indonesia menjual lontong itu berhampiran tepi jalan.

Menurut video yang dimuat naik oleh @jakarta_foodie di TikTok, ia memaparkan seorang peniaga sedang menyediakan lontong untuk pelanggannya.
Lontong Sayur Asgar

Apa yang uniknya, lontong berbentuk silinder yang dihasilkan peniaga itu mencuri perhatian ramai kerana saiznya yang gergasi.
Dalam klip berdurasi 1 minit 4 saat itu, dia membelah bahagian luar daun pisang yang membaluti lontong sebelum memotongnya menjadi kepingan yang bulat.
BACA: “Ingatkan Dekat Malaysia”, Wanita Kongsi Kemeriahan Suasana Bazar Ramadan Di Australia
Kemudian barulah dia memotong kepingan makanan itu kepada bahagian yang lebih kecil untuk pelanggan.
Selain nasi (lontong), antara bahan yang digunakan olehnya adalah tauhu, telur dan campuran kuah lontong.

Apabila ditanya mengenai berat lontong tersebut, lelaki itu memberitahu dia memerlukan lima kilogram (kg) nasi untuk membuat makanan itu.
“Ini saya buat menggunakan lima kg nasi bang,” katanya dalam klip itu.
Menurut peniaga itu, dia telah memulakan perniagaan ini sejak tahun 2007 . Difahamkan, ia merupakan lontong terbesar yang terdapat di ibu kota Indonesia.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 12.7 juta tontonan dengan lebih 200,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna.
@jakarta_foodie The biggest lontong in Jakarta has been selling since 2007! 😲 Lontong sayur terbesar di Jakarta sudah berjualan sejak tahun 2007! 😲 📍Lontong Asgar Tanah Abang (Halal) #fyp #fypシ #kulinerjakarta #kuliner #jakartafood #indonesia #kulinerindonesia #streetfood #longervideos #tiktokfood #tiktokindonesia
Sumber: TikTok @jakarta_foodie