Siakap Keli
Guna Air Panas Je
Sumber: @inapanbakawali via TikTok

Guna Air Panas Je, Ini Rahsia Nak Mop Lantai Sampai Berkilat

Guna Air Panas Je, Ini Rahsia Nak Mop Lantai Sampai Berkilat

Menjelang sambutan Aidilfitri ini, aktiviti mengemas rumah pastinya menjadi keutamaan setiap keluarga. Lantai rumah terutamanya, sudah tentu menjadi perkara nombor satu yang ditikberatkan oleh ibu-ibu, kan?

Lantai yang dipijak seboleh-bolehnya perlu bersih daripada sebarang kotoran dan berkilat sepanjang masa. Selain itu, lantai juga perlu berbau wangi supaya tetamu yang datang berziarah nanti terasa selesa.

Mop lantai antara tugas yang memenatkan

Dalam pada itu, membersih atau mengemop lantai rumah boleh dianggap seperti membasuh pinggan sebanyak 5 besen penuh.

Walaupun ia nampak mudah, hanya bermain dengan air sabun serta alat pencuci, tetapi yang memenatkan adalah anda harus melakukannya berulang-ulang kali.

Lebih-lebih lagi jika saiz rumah adalah besar, banyak bilik dan lebih daripada setingkat. Peritnya memang tidak terkata.

Bahan “rahsia” disebalik lantai yang berkilat

Sebelum ini, mesti anda terfikir kena guna pencuci paling terbaik atau alat mop paling canggih semata-mata nak pastikan lantai memang betul-betul bersih serta berkilat, kan?

Sebenarnya anda tidak perlu menggunakan sabun mahal atau sebagainya. Apa yang perlu anda sediakan hanyalah air panas dan mana-mana jenama sabun pencuci lantai.

Tip mudah dan ringkas ini sebenarnya dikongsikan oleh pengguna TikTok menerusi akaun @inapanbakawali baru-baru ini.

Menurut @inapanbakawali, air panas yang digunakan adalah air yang telah didihkan. Isipadunya pula bergantung kepada saiz baldi mop yang hendak digunakan.

Selepas itu, campurkan air panas berkenaan dengan pencuci lantai. Anda boleh menyesuaikan sendiri isipadu sabun yang hendak dituang di dalam bekas berkenaan.

Kemudian, mop seperti biasa dan anda akan mendapati lantai rumah menjadi lebih berkilat berbanding mop dengan kaedah biasa.

Mendapat 1.1 juta tontonan dari pengguna TikTok

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Namun begitu, ada juga yang berkongsi teknik-teknik lain yang pernah diamalkan mereka dan mendapatkan hasil yang sama.

Antaranya, ada yang pernah menambah campuran cuka. Ada juga yang memberi saranan supanya mengelak daripada menggunakan sabun jenis serbuk kerana dikhuatiri boleh meninggalkan kesan kerak pada permukaan lantai. 

BACA: Cara Cuci Kesan Kuning & Peluh Di Tilam, Guna Tiga Bahan Je Terus Hilang

@inapanbakawali

#moplantai guna #airpanas jadi lantai nampak #berkilat #petua #inapanbakawali #negerisembilantiktokers #homestay

♬ original sound – HomeStay Inapan Bakawali – HomeStay Inapan Bakawali

Apa pun, semoga bermanfaat ya.

Sumber: @inapanbakawali via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.