Siakap Keli
cara cuci kesan kuning peluh tilam
Sumber: @Abdel cuci via TikTok

Cara Cuci Kesan Kuning & Peluh Di Tilam, Guna Tiga Bahan Je Terus Hilang

Cara Cuci Kesan Kuning & Peluh Di Tilam, Guna Tiga Bahan Je Terus Hilang

Setiap hari, dianggarkan kita menghabiskan masa di atas katil dan tilam untuk merehatkan badan antara 6-8 jam.

Biasanya, tilam akan disarung dengan cadar atau dilapik dengan topper bagi melindungi permukaannya daripada tercemar dengan sebarang kotoran.

Walaupun sudah dialas, tilam yang sentiasa digunakan bagaimanapun tetap akan terkesan dengan titisan peluh, bau hapak dan pelbagai pencemaran yang lain lagi.

Apabila situasi ini terjadi, misalnya terdedah dengan peluh badan, permukaan tilam akan beransur-ansur menjadi kuning. Jika dibiarkan dan tidak dicuci, kesan kuning itu akan menjadi lebih sukar untuk dibersihkan kelak.

Namun begitu, mencuci tilam bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi sekiranya tilam anda itu bersaiz besar dan amat berat untuk diangkat.

Cara yang mudah cuci kesan kuning, peluh pada tilam

Satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @abdelsquad_1 baru-baru ini telah berkongsi cara untuk menghilangkan kesan kuning peluh pada tilam. Bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang diperlukan juga senang dicari.

Menurut @abdelsquad_1, anda cuma perlu menyediakan cuka, serbuk penaik, sabun pencuci pinggan dan botol semburan.

Mula-mula, isi satu sudu besar serbuk penaik, cuka dan beberapa titik sabun pencuci pinggan ke dalam satu bekas kecil.

Seterusnya, gaul ketiga-tiga bahan tersebut sehingga sebati dan tuang ke dalam botol penyembur bersaiz kecil. Berdasarkan video berkenaan, @abdelsquad_1 tidak menggunakan air, sebaliknya campuran ‘disatukan’ dengan menggunakan cuka sahaja.

Hanya membersihkan kesan kotoran kecil sahaja

Selepas itu, anda hanya perlu sembur pada kesan kuning atau kotoran pada tilam. Kemudian, ambil sehelai kain lap yang bersih dan gosok atas kesan kuning berkenaan.

Anda perlu menggosok sehingga kesan kuning hilang dan tilam menjadi putih semula. Setelah selesai, anda boleh mengulang langkah yang sama untuk membersihkan kesan kuning yang lain pada tilam anda.

Bagaimanapun, @abdelsquad_1 berkata, kaedah ini hanya berkesan untuk mencuci kesan kotoran kecil sahaja.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Pelakon Filem Nang Nak & Bang Rajan, Winai Kraibutr Meninggal Dunia

@abdelsquad_1

Tilam korang banyak kesan kotoran kuning daripada peluh, air liur atau sebagainya? 😱 Harini kami sharekan cara mudah nak hilangkan kesan kotoran tu 😉 Tapi kalau still tak boleh hilang atau kesan kotoran tu terlalu banyak, korang boleh contact Abdel untuk cuci tilam korang! Link di bio ⬆️⬆️ Jangan biar lama-lama guys, nanti susah nak tanggal dan tilam akan berbau! 😣 fyp cleaninghacks diy AbdelSharing

♬ original sound – Abdel cuci – Abdel cuci

 

Sumber: @Abdel cuci via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.