Petua Mudah Hilangkan Bau “Blender”, Guna Dua Bahan Je
Peralatan dapur merupakan antara benda yang paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian, sama ada untuk memasak, menyediakan minuman atau menyimpan makanan.
Dari kuali, periuk, sudu dan pinggan hinggalah ke peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi semuanya memainkan peranan penting dalam memudahkan kerja di dapur.
Namun begitu, tanpa penjagaan yang betul, peralatan ini mudah menjadi kotor dan berbau.
Bahkan, kadang kala bau bawang dan kunyit yang telah dikisar memerlukan masa yang lama untuk hilang.
Jangan risau, apa kata kalau anda ikuti tip bersihkan pengisar dari salah seorang pengguna Threads, @_tihafatihah.
Pengisar tak lagi berbau
Menurut Fatihah, petua atau tip tersebut sebenarnya diajar oleh birasnya.
“Dulu biras saya pernah pesan, lepas blender cili atau benda-benda berbau, boleh bilas dengan air garam,” kongsinya.
Tambahnya juga, cara tersebut dikatakan berfungsi untuk menghilangkan bau atau rasa pedas yang melekat pada pengisar tersebut.
“Kalau masak lemak cili padi ke, kisar sambal belacan ke, boleh try,” ujarnya lagi.
Cara-cara
Mula, mula, anda cuma perlu isikan air ke dalam pengisar anda, berserta dengan satu sudu garam.

Selepas itu, anda boleh nyalakan pengisar dan bilas pengisar tersebut selama beberapa minit.

Selepas itu, bilas pengisar anda dan tiada lagi bau atau rasa yang kurang menyenangkan dari pengisar tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

