Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Renyah Pun, Ini Tip Pastikan Bihun Kekal Lembut & Tak Putus
Umum mengetahui, bihun merupakan salah satu makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat di negara Asia.
Ia mempunyai tekstur yang sangat lembut dan ringan serta mudah menyerap rasa daripada kuah atau bahan masakan yang digunakan.
Selain itu, bihun juga boleh dimasak dengan cara menggoreng atau dijadikan makanan berkuah seperti bihun sup atau bihun tomyam.
Oleh kerana mudah dihidangkan dan cepat masak, ia sering menjadi salah satu pilihan dalam masakan harian ataupun majlis tertentu.
Namun, kalau anda perasan, disebabkan teksturnya yang lembut dan halus, bihun agak senang putus sekiranya tidak diuruskan dengan baik sewaktu proses penyediaannya.
Tapi, anda jangan risau. Salah seorang pengguna Facebook, Eny Yusnizar Abdullah ada berkongsi tip bagaimana untuk memastikan bihun yang sudah dicelur tidak putus, lembik atau hancur.
Ikuti perkongsiaannya di bawah ini.
Mula-mula, sediakan bihun pilihan anda. Panaskan air dalam dua liter dan masukkan minyak masak dalam tiga sudu besar.
Sekiranya anda ingin gunakan bihun tersebut sebagai bahan utama untuk hidangan bihun sup utara anda, anda boleh masukkan serbuk kunyit.

Kemudian, biarkan air tersebut mendidih. Setelah mendidih anda boleh tutup api.
Langkah berikutnya, anda boleh masukkan bihun yang telah direndam dalam air biasa sejuk selama lima minit.
Tujuannya adalah untuk pastikan bihun tidak 'terkejut' apabila terkena air panas dan menyebabkan ia mudah hancur.

Selepas rendam, tunggu lagi selama lima minit. Ingat, pastikan api ditutup.
Sementara itu, anda boleh periksa bihun tadi untuk pastikan sama ada ia masih mentah atau sudah lembut.
Jika sudah lembut dan masak, angkat bihun tadi dan toskan. Akhir sekali, anda boleh hidangkan dan gunakan bihun tersebut dalam apa jua hidangan anda.

Semoga perkongsiaan ini bermanfaat!