Siakap Keli
Hospital Al-Shifa musnah
Gambar: AFP

Hospital Al-Shifa, Gaza Musnah, Bertukar Jadi Kuburan Pesakit

Hospital Al-Shifa, Gaza Musnah, Bertukar Jadi Kuburan Pesakit

GAZA — Keadaan terkini hospital terbesar di Gaza Al-Shifa tak ubah seperti kubur buat para pesakit bangunan itu selepas ia musnah sepenuhnya.

Memetik AFP, Israel berundur dan meninggalkan bangunan itu pada Isnin selepas melancarkan serangan secara intensif selama dua minggu.

Suasana bangunan itu dikelilingi runtuhan dan mayat-mayat hangus akibat daripada serangan udara tersebut.

Pengawal Revolusi Iran mengesahkan dua jenaral berpangkat tinggi antara 11 orang yang dilaporkan terkorban.

“Serangan ini meningkatkan lagi ketegangan serantau semasa perang Gaza. Serangan udara Israel turut memusnahkan bangunan konsular kedutaan Iran di Syria, Damsyik dan Tehran.

“Israel menyasarkan serangan yang dipanggil “serangan operasi tepat” selama dua minggu di kompleks Al-Shifa sebelum mengisytiharkan telah berundur pada Isnin,” katanya.

Gambar: AFP

Sementara itu, jurucakap Israel, Daniel Hagari berkata sekurang-kurangnya 200 individu terkorban dalam serangan tersebut dan turut dirampas adalah wang tunai dan senjata api.

Gambar: AFP

BACA: Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama

Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza berkata kira-kira 300 orang terkobran di dalam dan sekitar hospital sepanjang serangan selama dua minggu itu.

Kementerian Kesihatan di Gaza turut menberitahu skala kemusnahan bangunan itu dan di sekelilingnya adalah sangat besar.

“Puluhan mayat termasuk sebahagian daripadanya yang telah reput ditemui di dalam dan sekitar hospital ini.

“Kini, hospital Al-Shifa tidak lagi beroperasi berikutan musnah sepenuhnya,” katanya.

Gambar: AFP

Gencatan Senjata

Sebelum ini, Bernama melaporkan  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menerima satu resolusi meminta satu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk bulan Ramadan dilaksanakan.

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis berkenaan yang dipilih sementara Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi.

Resolusi itu menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang dapat bertahan lama.

Sumber: AFP via France

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?