Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama
YOKOHAMA — Peminat siri anime fiksyen Gundam mengucapkan selamat tinggal kepada robot Gundam Mobile Suit Gundam Seed yang ‘bersaiz hidup’ pada hari terakhir pameran di jeti Yokohama, Jepun.
Memetik Kyodo News, persembahan itu dijalankan adalah bersempena memperingati ulang tahun ke-40 tayangan pertama siri televisyen itu, yang bermula pada 1979.

Ketua pengarah siri anime Mobile Suit Gundam, Yoshiyuki Tomino mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang hadir dalam persembahan penutup yang diadakan pada malam 31 March 2024.
Menurut penganjur acara, dianggarkan lebih 1.75 juta pengunjung yang datang ke Jeti Yamashita sewaktu pameran itu.

Sementara itu, sepasang suami isteri berusia lingkungan 40-an meluahkan rasa sedih kerana mereka tidak lagi dapat melihat model yang dibina berdasarkan model RX-78-2 Gundam itu.
Tambah pasangan dari Tokyo itu, mereka berharap robot gergasi itu akan terus disimpan di satu tempat khas meskipun tidak dipamerkan seperti dalam pameran itu.
Menerusi tinjauan di platform X, warganet turut berkongsi detik-detik penutupan pameran tersebut dalam satu ciapan.
横浜ガンダム グランドフィナーレ
最後の起動実験のドローン演出&花火演出をタイムラプスで撮影しました#横浜ガンダム#機動戦士ガンダム pic.twitter.com/uBPvX5gndi
— まるちゃ。 (@M_photo_R) March 31, 2024
Anime Gundam
Anime ini menceritakan robot gergasi yang berperang di angkasa dan Bumi. Ia mendapat sambutan ramai hingga diadaptasikan dalam permainan video serta replika watak itu.

Untuk makluman, robot gergasi setinggi 18 meter ini telah menarik minat peminat dari seluruh dunia kerana replika ini sering melakukan pelbagai gaya (pose) di Kilang Gundam Yokohama bermula sejak Disember 2020.
BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia
Pameran model robot yang terdiri daripada 36 bahagian itu sebelum ini telah dilanjutkan sebanyak dua kali daripada tarikh tutup asal, awal Mac 2022 atas permintaan peminat.
Sebelum ini, portal berita tempatan, Soranews24 melaporkan tarikan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi dan tiket-tiket akhir untuk melawat robot berkenaan sudah pun dijual.
Tambah portal itu, kemudahan seperti kafe dan kedai jualan cenderahati yang dibina bersama di kawasan berkenaan juga berkemungkinan turut ditutup.
Sumber: Kyodo News, X @M_photo_R