Siakap Keli
Kenapa Zakat 2.57%
Kredit: Bernama

Agihan Pendapatan: Kenapa Zakat 2.57% & Bukannya 2.5%, Ini Penjelasan Tabung Haji

Agihan Pendapatan: Kenapa Zakat 2.57% & Bukannya 2.5%, Ini Penjelasan Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023.

Menurut portal Lembaga Tabung Haji, Agihan Keuntungan kekal pada kadar 3.1 peratus setelah mengambil kira zakat sebanyak 2.57 peratus dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Dalam pada itu, pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan bagi tahun 2023 bermula 2 April 2024 (hari ini) pada jam 12.00 tengah hari.

Walau bagaimanapun, beberapa individu turut tampil bertanya beberapa soalan berkenaan kadar zakat yang digunakan oleh TH.

Berdasarkan komen-komen di ruang komen dalam satu hantaran di Facebook TH, mereka bertanya mengapa TH menggunakan kadar 2.57 peratus dan bukannya 2.5 peratus.

Kadar 2.5 peratus yang dimaksudkan dalam soalah tersebut dipercayai merujuk kepada kadar zakat pendapatan.

Penjelasan dari pihak Tabung Haji

Menurut TH, pihak mereka menggunakan kadar 2.57 peratus kerana mengambil kira perbezaan bilangan hari dalam setahun di antara kalendar Qamari dan kalendar Masihi seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah Tabung Haji.

Selain itu, TH juga memaklumkan zakat yang dibayar bagi pihak pendeposit berdasarkan pendekatan hukum Khultoh iaitu harta yang bercampur.

Manakala zakat yang dibayar pula adalah zakat perniagaan dan bukannya zakat simpanan. Hal ini kerana pendeposit telah mewakilkan kepada Tabung Haji untuk mengurus pelaburan dana simpanan pendeposit melalui kontrak Wakalah.

Oleh itu, TH memaklumkan resit zakat juga tidak dikeluarkan.

BACA: Lima Punca Enjin Kereta Semput, Masalah Nombor 5 Ramai Jarang Dengar

https://www.facebook.com/TabungHaji/posts/pfbid034BgGk25hrtQsKhp5XqQXFiKqGA6DUCavdxFfEESNhh94Yz4F5hBxHDjhi5siiDjPl

Sumber: Tabung Haji via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: