Siakap Keli
khairul aming beri bonus

Khairul Aming Beri Bonus & Bawa 100 Orang Staf Beli Baju Raya

Khairul Aming Beri Bonus & Bawa 100 Orang Staf Beli Baju Raya

Selain video-video resipi masakan, video Khairul Aming yang memaparkan penghargaan kepada pekerjanya juga turut mendapat perhatian.

Manakan tidak, semua pekerjanya diberikan ganjaran yang selayaknya sesuai dengan tugas mereka termasuk bonus pada setiap tahun.

Terbaru, Khairul Aming telah meraikan 100 orang pekerjanya dengan membawa mereka membeli baju raya.

“Jadi semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal dan dendeng nyet sebab kita nak raikan kesemua staf kita untuk persediaan hari raya nanti.

“Macam-macam aktiviti kita buat, pertama semalam kita bawa mereka beli baju raya, yang ni memang wajib setiap tahun.

“Cumanya staf aku makin ramai, nak dekat 100 orang, jadi penuh satu kedai. Tapi Alhamdulillah mereka sangat gembira.

“Macam biasa semua orang bebas boleh beli baju, tak perlu sedondon. Beli je ikut warna masing-masing suka, corak tudung semua pun ikut selera masing-masing,” katanya.

BACA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Bukan itu sahaja, semua staf berpeluang untuk membeli barangan dapur bagi persiapan raya.

“Bila dah selesai, aku bawa mereka pergi pusat beli-belah, sebab tahun ni kita nak mereka beli barang dapur siap-siap untuk keluarga mereka buat persediaan hari raya nanti.

“Masa tu la semua orang kalut nak telefon orang kat rumah, telefon isteri, mak dan ayah untuk tanya barang apa lagi tak cukup untuk persediaan raya.

“Seronok tengok mereka shopping penuh, ada yang beli kicap, minyak masak, beras, ayam dan macam-macam, yang ada anak pun beli siap-siap pampers semua,” ujarnya lagi.

Khairul Aming beri bonus

Dalam video yang dimuatnaik di laman X itu, ia juga memperlihatkan semua pekerja diberikan bonus sempena hari raya dan dibawa berbuka di sebuah hotel.

“Seterusnya kita pergi kilang pula, masa ni yang mereka semua nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua staf dan masa ni muka mereka dah tersenyum dah.

“Kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persediaan raya dengan keluarga juga nanti.

“Lepas tu kita pergi hotel untuk majlis berbuka puasa pula,” katanya.

Sementara itu, Khairul Aming juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

Lebih menarik, mereka juga akan pergi bercuti selepas raya. Namun, Khairul Aming tidak mendedahkan lokasi percutian itu.

“Terima kasih kepada semua orang yang sokong perniagaan kita selama ni dan kami dari team Sambal Nyet dan Dendeng Nyet ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada anda semua,” katanya.

BACA JUGA: Khairul Aming Tegaskan Hanya Jual Produknya Secara “Online”, Belum Ada Di Pasar Raya

Sumber: Khairul Aming

Sofea

There's always another side to every story