Siakap Keli
5 Punca Enjin Kereta Semput, Punca Ke-5 Ramai Tak Tahu
Sumber: Transmatic Automotive via TikTok

Lima Punca Enjin Kereta Semput, Masalah Nombor 5 Ramai Jarang Dengar

Lima Punca Enjin Kereta Semput, Masalah Nombor 5 Ramai Jarang Dengar

Ketika memandu kenderaan, anda sudah tentu pernah berdepan dengan situasi kereta terasa semput ketika menekan pedal minyak untuk memecut, kan?

Jika situasi berkenaan pernah terjadi, anda jangan buat tak tahu atau pandang sebelah mata sahaja masalah tersebut.Hal ini kerana, situasi enjin semput adalah bahaya dan mungkin boleh mengundang perkara yang tidak diingini berlaku.

Begitu pun, sebenarnya apa puncanya kereta menjadi semput? Jom kita ambil tahu apa punca-punca kereta menjadi semput, berdasarkan perkongsian daripada akaun TikTok (@transmatic_automotive).

Apa yang anda perlu check sekiranya enjin kereta anda ‘semput’?

Untuk pengetahuan pembaca, isu ini melibatkan beberapa komponen pada enjin kenderaan yang boleh menjadi punca seterusnya menyumbang kepada masalah kereta terasa semput.

Oleh itu, sekiranya situasi tersebut berlaku, anda perlu memeriksa lima komponen enjin ini untuk mengenal pasti dimana punca enjin semput berasal.

Palam pencucuh

Palang pencucuh penting dalam sistem pembakaran dalaman enjin. Ia berfungsi menghasilkan percikan api bagi membantu menyalakan campuran bahan api dan udara dalam enjin.

Situasi kereta semput boleh berpunca daripada keadaan palam pencucuh yang sudah rosak atau haus. Apabila ini terjadi, maka percikan api yang terhasil menjadi lemah, seterusnya mengakibatkan pembakaran udara atau bahan api menjadi tidak sempurna.

Justeru itu, pemilik kenderaan perlu peka dengan kondisi palam pencucuh, sama ada masih berfungsi dengan baik atau perlu diganti.

Sekiranya sudah rosak atau haus dan sebelum mencecah 100k mileage, ia perlu diganti.

Gelung pencucuh

Menurut Carsome, gelung pencucuh berfungsi menghasilkan arus elektrik bervoltan tinggi untuk mencetuskan arus elektrik bagi menghidupkan palam pencucuh.

Sekiranya gelung pencucuh bermasalah, percikan api yang terhasil pada palam pencucuh akan terganggu. Ini akan mengurangkan kuasa pecutan kereta dan kereta menjadi semput.

Lebih parah, apabila gelung pencucuh rosak, komponen itu langsung tidak akan dapat membekalkan arus eletrik kepada palam pencucuh. Apabila situasi ini berlaku, kereta berkemungkinan juga tidak dapat dihidupkan.

Kabel palam

Manakal kabel palam pula membantu mengalirkan arus elektrik daripada gelung pencucuh ke palam pencucuh.

Apabila kabel palam mengalami kerosakan, enjin kenderaan boleh menjadi tersengguk-sengguk, semput atau hilang kuasa.

Penuras minyak

Penuras minyak berfungsi menuras bahan api kenderaan. Seandainya anda tidak pernah menukar penuras minyak, lama-kelamaan komponen itu boleh tersumbat.

Apabila tersumbat, penghantara minyak ke enjin untuk pembakaran akan terganggu dan juga boleh membawa kepada masalah enjin kereta menjadi semput.

Penuras udara

Penuras udara pula berfungsi untuk menapis segala kekotoran dalam udara daripada memasuki ruang dalaman enjin.

Sekiranya penuras udara kotor atau rosak, bekalan udara yang dihantar kepada enjin akan terganggu dan proses pembakaran menjadi kurang cekap. Keadaan ini akan menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi dengan cekap atau berada pada tahap optimum.

Selain boleh enjin kenderaan menjadi semput, kerta anda juga akan menjadi lebih kuat ‘makan’ minyak.

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi info tambahan berkaitan kereta kepada anda.

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya, Aidilfitri pula menjelang tiba. Sebelum pulang ke kampung halaman, pastikan kereta anda dalam keadaan yang baik.

Utamakan keselamatan walau di mana berada.

@transmatic_automotive

Enjin Kereta Semput? Check 5 Benda Ni! #tipskereta #transmaticautomotive #continentalspecialist #pakargearbox #shahalam #selangor #fyp #fypシ #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – Transmatic Automotive – Transmatic Automotive

BACA: Muslim Pro Melancarkan Dua Fungsi Baharu, Bot AI Islamik Dan Al-Quran Yang Diperkasa Semasa Ramadan

Sumber: Transmatic Automotive, BJAK

Sharifah Hannah Adibah