Siakap Keli

Niat Bantu Golongan Memerlukan, Sabella Jual Baju Raya Serendah RM30

Niat Bantu Golongan Memerlukan, Sabella Jual Baju Raya Serendah RM30

Gombak – Jenama sinonim dengan tagline ‘Baju Tanpa Gosok’, gedung tekstil Sabella Holdings tampil dengan jualan gudang Bazar Aidilfitri Sabella yang  diadakan dari 15 Mac sehingga 7 April di ibu pejabat Sabella, Gombak. 

sabella

Jualan gudang tersebut berlangsung di lima buah lokasi iaitu di Sabella HQ, Batu Caves, Mydin Tunjong, Kelantan, Terengganu Equestrian Resort, Terengganu, Dewan Teratai, Shah Alam dan Masjid UKM, Bangi. 

Pengasasnya, Siti Fatimah Abd Samad berkata jualan tersebut bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bagi memudahkan orang ramai datang membeli belah. 

“Bagi membantu golongan memerlukan, kita tawarkan harga serendah antara RM30 hingga RM40 bagi setiap pakaian supaya mereka boleh membeli baju raya” katanya. 

sabella

“Pelanggan yang membeli dua pasang baju kurung akan menerima sepasang baju  kurung secara percuma, pelbagai koleksi dihimpunkan dalam jualan ini dengan harga yang sangat rendah” katanya. 

Sabella juga turut memperkasa 250,000 orang ‘dropship’ yang majoritinya adalah  suri rumah golongan B40 seluruh Malaysia menyasarkan jualan mencapai RM80  juta pada tahun ini. “Koleksi dan fabrik Sabella sememangnya memiliki peminatnya  yang tersendiri lebih-lebih lagi pada penggemar pakaian ‘basic‘ dan tidak sarat” ujarnya lagi.  

sabella

Bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang tempoh jualan gudang, Sabella menyediakan stok pakaian baju kurung sebanyak 300,000 pasang dan kesemuanya dengan diskaun sehingg 80% diskaun.  

Tambahnya, stok bagi jualan gudang kebiasannya habis dijual sehingga tarikh akhir promosi.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.