Siakap Keli
sivasangari juara klasik london
Gambar: Bernama

Sivasangari Juara Edisi Sulung Kejohanan Skuasy Klasik London

Sivasangari Juara Edisi Sulung Kejohanan Skuasy Klasik London

Jaguh skuasy wanita negara, Sivasangari Subramaniam muncul juara dalam edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London dengan menewaskan pemain nombor 2 dunia, Hania El Hammamy dari Mesir.

Pemain berusia 25 tahun itu menang dengan mata 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8  dalam perlawanan akhir di Alexandra Palace sebentar tadi.

Berada di ranking ke-13 dunia, Sivasangari bermain dengan yakin pada set pertama dan mengulangi strategi serangan yang agresif terhadap pihak lawan.

Namun, di set kedua El Hammamy kembali bangkit dan mengawal bola dengan baik sehingga membolehkannya memenangi set itu dengan 11-5.

Setelah itu, Sivasangari menunjukkan taringnya sehingga berjaya menyingkirkan pihak lawan dan menjadi juara.

Lebih menarik, dia juga telah mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain nombor 1 dunia, Nour El Sherbini pada suku akhir dan pemain nombor 4 dunia, Nele Gilis pada perlawanan separuh akhir.

BACA: Skuasy Klasik London: Sivasangari Singkir Pemain No. 1 Dunia El Sherbini

Mengulas mengenai kejayaannya itu, Sivasangari meluahkan kegembiraan dan berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Saya sangat gembira kerana dapat menewaskan tiga daripada empat pemain terbaik dunia. Mereka semua pemain yang sangat bagus.

“Kali terakhir saya bermain acara bertaraf emas, saya tewas di suku akhir. Malah untuk mara ke final ini merupakan satu perkara yang tidak masuk akal. Saya sangat gembira dan bangga dengan cara saya berjaya.

“Saya tidak dapat melakukannya tanpa jurulatih dan penaja. Tanpa mereka, saya tidak akan berada di sini sekarang.

“Saya akan hubungi keluarga dan jurulatih sekarang, kerana mereka saya memenangi kejohanan ini. Ia adalah perlawanan yang sukar untuk dipercayai selepas apa yang berlaku dua tahun lalu,” katanya kepada PSA selepas perlawanan itu.

Dengan kemenangan ini, pemain itu nampaknya sudah semakin hampir untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Sumber: PSA World Tour

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.