Gempa Kuat 7.4M: Taiwan, Jepun & Filipina Keluar Amaran Tsunami
Satu kejadian gempa bumi kuat 7.4 magnitud dilapor menggegar kawasan pantai timur Taiwan sebentar tadi, lapor CNN.
Memetik kenyataan dari Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, pusat gempa berkenaan dikatakan terletak kira-kira 18 kilometer dari selatan bandar Hualien.
Menurut CNN lagi, susulan gempa berkenaan, amaran tsunami turut dikeluarkan oleh beberapa negara jiran yang terletak berdekatan dengan Taiwan.
Selain Taiwan yang meminta penduduknya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Jepun dan Filipina.
Agensi Meteorologi Jepun misalnya mengeluarkan amaran tsunami di Pulau Miyakojima dan Okinawa dengan jangkaan ombak setinggi 3 meter.
Dalam pada itu, Japan Airlines turut membantalkan semua penerbangan ke Okinawa dan Kagoshima akibat kejadian berkenaan.
Manakala Agensi Seismologi Filipina meminta penduduk yang tinggal berdekatan kawasan berpantai di beberapa wilayah berdekatan untuk segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Gempa yang berlaku pada pagi Rabu itu dipercayai gempa bumi terkuat yang pernah melanda Taiwan dalam tempoh 25 tahun.
Pada 1999, gempa bumi berkekuatan 7.7 magnitud melanda selatan Taipei menyebabkan kira-kira 2,400 orang terkorban dan lebih 10,000 orang cedera.
#BREAKING: Earthquake with preliminary magnitude of 7.5 strikes off southwestern Japan, local media report, with tsunami up to 3 metres expected to reach Japan's southwestern Okinawa coast at around 0100 GMT pic.twitter.com/DGnCldWhkQ
— TRT World Now (@TRTWorldNow) April 3, 2024
Sementara itu, di media sosial, beberapa video yang dipercayai dirakam di Taiwan ketika bencana alam itu berlaku turut menjadi tular.
Antaranya video yang memaparkan beberapa buah bangunan roboh atau hampir roboh. Selain itu, turut tular adalah video yang menunjukkan kejadian tanah runtuh selepas gempa tersebut berlaku.
花蓮房子倒塌,有災情,大家有住在東部的朋友互相關心一下。 pic.twitter.com/TPEM02mPXT
— Northicewolf脫北者冰狼 (@northicewolf) April 3, 2024
The "strongest earthquake in 25 years" has hit Taiwan island, rocking the entire island and collapsing buildings, a Taipei seismology official said.
Taiwan, Japan and the Philippines issued a tsunami warning for coastal areas pic.twitter.com/hk6d8vAEB3
— TRT World (@trtworld) April 3, 2024
WATCH: Dashcam captures 7.4 quake on highway in eastern Taiwan pic.twitter.com/P6oJetpML7
— BNO News (@BNONews) April 3, 2024
WATCH: Strong earthquake causes landslide in eastern Taiwan pic.twitter.com/SQZFyd7zgj
— BNO News (@BNONews) April 3, 2024
BREAKING: Multiple buildings collapse after quake hits eastern Taiwan – witnesses pic.twitter.com/VcdavC7abb
— BNO News (@BNONews) April 3, 2024
Sumber: CNN