Siakap Keli
phantom traffic jam
Kredit: Bernama

Kenali “Phantom Traffic Jam”, Punca Jalan Tiba-tiba Sesak Walau Tiada Apa Yang Berlaku

Kenali “Phantom Traffic Jam”, Punca Jalan Tiba-tiba Sesak Walau Tiada Apa Yang Berlaku

Insiden kemalangan dan kesesakan lalu lintas sudah menjadi sinonim bagi pengguna jalan raya.

Namun, pernahkan anda terperangkap dalam barisan lalu lintas yang panjang walaupun tiada tanda-tanda adanya kemalangan telah berlaku?

Fenomena menarik ini dipanggil sebagai kesesakan lalu lintas hantu atau phantom traffic jam dan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.

Menurut portal Bridle Vehicle Leasing, secara teorinya jika setiap pemandu di jalan raya mengekalkan jarak yang sama dan kelajuan yang konsisten, maka trafik akan menjadi lancar tanpa henti.

Namun begitu, apabila berlaku kesilapan di atas jalan dan tindak balas tertunda dalam kalangan pemandu, sedikit gangguan atas jalan boleh mencetuskan tindak balas berantai dan menjadi punca kepada kesesakan.

Setiap kenderaan akan menjadi ‘gelombang brek’

Misalnya, jika ada seorang pemandu yang menekan brek secara berlebihan atau tiba-tiba memperlahankan kenderaan di atas jalan yang sedang sibuk, ia sudah cukup untuk menghasilkan reaksi berantai melibatkan pemandu-pemandu lain.

Apabila semakin ramai pemandu di atas satu barisan jalan menekan brek kenderaan masing-masing, tindakan itu akan mewujudkan ‘gelombang brek’ yang memperlahankan lalu lintas lalu menghasilkan kesesakan yang lebih teruk.

Bayangkan jika jalan tengah sibuk berbatu-batu panjangnya, gelombang brek ini boleh menjadi lebih lama.

Gangguan yang boleh menyebabkan brek berlebihan

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pemandu menekan pedal brek secara berlebihan sehingga kesesakan lalu lintas hantu boleh berlaku.

Rubbernecking 

Rubbernecking adalah perasaan ingin tahu manusia dan punca ini sebenarnya boleh dicegah.

Rubbernecking berlaku apabila pemandu yang melalui kawasan kemalangan, misalnya di lorong bertentangan, memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Selain berbahaya, tindakan tersebut merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan kesesakan.

Tukar lorong dan menekan pedal brek di selekoh

Dua situasi dia atas juga boleh menyumbang kepada masalah kesesakan melampau di jalan raya. Menukar lorong dan menekan brek di selekoh tidak salah, namun anda perlu melakukan dengan cara yang betul.

phantom traffic jam
Kredit: Bridle Vehicle Leasing

Bagaimana kesesakan lalu lintas hantu boleh dielakkan?

Menurut portal Bridle Vehicle Leasing lagi, menggunakan skrin atau alat penutup untuk menutup kemalangan di lebuh raya mampu menghalang fenomena rubbernecking.

Walau bagaimanapun, kos untuk membeli skrin dikatakan agak mahal dan belum digunakan secara meluas oleh banyak negara.

Selain itu, kerajaan juga boleh melaksanakan sistem laluan pintar atau smart motorways dimana had kelajuan di atas jalan raya boleh diselaras dari semasa ke semasa atau secara masa nyata.

Apabila sistem mengesan situasi jalan sesak atau trafik perlahan pada satu-satu kawasan, had kelajuan di atas jalan raya di bahagian belakang boleh diturunkan.

Dengan cara ini, pemandu yang sedang memecut di satu bahagian jalan boleh memperlahankan kenderaan masing-masing dengan teratur dan tidak bertembung dengan trafik perlahan di depan secara tiba-tiba.

Situasi pemandu menekan brek secara berlebihan atau secara mengejut hingga menyebabkan kesesakan menjadi lebih parah juga dapat dielakkan.

Langkah seterusnya, para pemandu juga boleh mencuba melaraskan tabiat pemanduan mereka.

Walaupun agak mustahil untuk mengetahui sama ada trafik perlahan beberapa batu di hadapan, namun pemandu mungkin perlu lebih berhati-hati ketika menekan brek.

Mereka juga perlu peka dan menyelaras kelajuan dengan teratur, bukannya tiba-tiba supaya tidak memberi kesan kepada aliran trafik di belakang.

Kereta tanpa pemandu boleh mengelakkan fenomena ini

Satu lagi penyelesaian untuk masalah ini adalah menggunakan kereta tanpa pemandu.

Dengan pembangunan kereta pandu sendiri di seluruh dunia, kenderaan terbabit boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan ketara.

phantom traffic jam
Kredit: Bridle Vehicle Leasing

Menurut penyelidikan terkini menerusi portal terbabit, dengan menggantikan hanya 10 peratus daripada kereta di jalan raya dengan kereta tanpa pemandu boleh meningkatkan aliran trafik.

Kajian-kajian yang dibuat mendapati, kereta dengan sistem komputer yang canggih dapat meramal keadaan jalan raya dan membuat pelarasan lebih baik berbanding manusia.

Ia sekaligus dapat mengurangkan masalah gelombang brek yang selalu berlaku dalam satu-satu aliran trafik.

BACA: Rumah Pakcik Dihiasi Lampu ‘Lip-Lap’ Solar Undang Perhatian

Sumber: Bridle Vehicle Leasing

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.