MyDigital ID Memperkuat Landskap Digital Malaysia
Kuala Lumpur, 3 April 2024 – MyDigital ID, platform identiti digital yang dipercayai, bersedia untuk mendorong transformasi digital Malaysia. Dengan tumpuan kepada penyediaan penyelesaian identiti digital yang selamat dan mudah, MyDigital ID bertujuan untuk menyederhanakan akses kepada perkhidmatan digital sambil meningkatkan langkah langkah keselamatan siber.
“MyDigital ID lebih daripada sebuah platform; ia merupakan asas kepada masa depan digital Malaysia,” kata Mohd Mirza Mohamed Noor, CEO Sementara My Digital ID Sdn. Bhd. “Matlamat kami adalah untuk memberi kuasa kepada rakyat Malaysia dengan cara yang selamat dan lancar untuk terlibat dengan perkhidmatan digital, menjaga privasi dan keselamatan mereka.”
My Digital ID Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat MIMOS Berhad, diperkenalkan dalam satu acara di Kuala Lumpur. Ia mengawasi aktiviti komersial, berfungsi sebagai pembekal penyelesaian, dan melaksanakan program MyDigital ID.
Selaras dengan inisiatif transformasi digital kerajaan, MyDigital ID telah disepadukan ke dalam portal kerajaan utama seperti MyGOV dan MySejahtera. “Kerjasama masa depan kami dengan pelbagai aplikasi perkhidmatan kerajaan akan lebih meningkatkan aksesibiliti dan pengalaman pengguna,” tambah Mohd Mirza.
Selain daripada perkongsian kerajaan, MyDigital ID berkolaborasi dengan institusi kewangan utama untuk menyelaraskan integrasi di seluruh perkhidmatan kewangan, memudahkan urusniaga digital yang selamat untuk pengguna.
Mulai Mei 2024, MyDigital ID akan melaksanakan pendaftaran atas talian secara meluas kepada orang awam.
Tentang MyDigital
MyDigital ID adalah platform identiti digital yang dipercayai dan selamat yang direka untuk mengukuhkan dan menyederhanakan pengesahan identiti dalam talian, tanpa menggantikan sistem MyKad. Ia berfungsi sebagai penyelesaian masuk tunggal untuk perkhidmatan digital, menawarkan kemudahan dan keselamatan yang lebih besar kepada warganegara dalam mengakses perkhidmatan dalam talian dan melakukan urus niaga.
MyDigital ID memberi keutamaan kepada privasi dan keselamatan data. Ia tidak menyimpan sebarang data biometrik atau pangkalan data peribadi dan tidak berfungsi sebagai pengganti MyKad untuk tujuan pengenalan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.digital-id.my