Naik Pesawat Tentera, Pelajar Alami Pengalaman “Rare” Balik Kampung
Pulang ke kampung setelah sekian lama berkelana di tempat orang merupakan satu momen yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi dapat memeluk erat kedua ibu bapa yang sudah lama berjauhan.
Kebiasaannya di musim perayaan ini, trafik semakin sesak dengan peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Disebabkan itu, ramai yang sudah merancang perjalanan pulang ke kampung halaman sejak awal lagi.
Tambahan lagi, hanya berbaki lima hari sebelum seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Oleh itu, ada yang mengambil inisiatif untuk memandu pada sebelah malam, ada juga yang melihat pulang ke destinasi lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas ini.
Selain itu, ada juga yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas, Kereta Api Tanah Melayu (KTM), perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), kapal terbang dan banyak lagi.
Tapi pernahkah anda mempunyai pengalaman pulang beraya dengan menaiki sebuah pesawat tempur?
Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh salah seorang mahasiswi Universiti Awam (UA) baru-baru ini hingga mencuri perhatian ramai di platform TikTok.

Dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @grlcloud memaparkan dirinya bersama sekumpulan mahasiwa dan mahasiswi berjalan menuju ke perut pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

BACA: “You Know Khairul Aming?” KA Mendunia Lagi Di London
Klip berdurasi 18 saat itu mendedahkan mereka tiba sejak awal pagi lagi bagi sebelum melengkapkan beberapa dokumen dan berlepas pulang dengan pesawat itu pada siang hari.

Tambahnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Panglima Tentera Udara (PTU) Jenaral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di atas pengalaman yang cukup bermakna itu.
“Juga ucapan terima kasih kepada PTU dan untuk kami semua,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
“Bestnya naik” Warga maya

Meninjau ke di ruangan komen, rata-rata warga maya teruja melihat para mahasiswa dan mahasiswi itu menjejakkan kaki ke dalam perut pesawat.
Sebahagian pengguna platform itu menyifatkan ia satu pengalaman yang manis dan tidak dapat dilupakan untuk mereka.
Berikut antara komen pengguna;
“Alhamdulilah, semoga terus dipermudahkan semua urusan student juga TUDM,” tulis salah seorang pengguna.
“Syoknya. Seronoknya merasa naik airforce,” komen salah seorang pengguna lagi.
Untuk makluman video ini mendapat hampir 1 juta tontonan dalam tempoh sehari dengan lebih 81,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.
@grlcloud also thanks to PTU and all of us π«Άπ»
Sumber: TikTok @grlcloud