Siakap Keli
khairul aming london
Gambar: TikTok @Chris MJ

“You Know Khairul Aming?” KA Mendunia Lagi Di London

“You Know Khairul Aming?” KA Mendunia Lagi Di London

Sebut sahaja nama Khairul Aming atau KA, hampir satu Malaysia sudah mengenali pempengaruh dan pengasas kepada produk Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi ini.

Lebih-lebih lagi, lelaki ini menjadi fenomena sewaktu tiba bulan Ramadan kerana hadir dengan ’30 hari 30 resipi’ yang cukup menggoda nafsu makan sesiapa sahaja.

Namun dalam perkongsian video TikTok lelaki @christhechindian baru-baru ini, dia terkejut selepas beberapa kakitangan sebuah kedai makanan di London mengenali anak jati Kota Bharu tersebut.

Menerusi video berdurasi satu minit lima saat, pemilik video yang dikenali sebagai Chris yang juga seorang warganegara Malaysia sedang membeli makanan sambil merakam video di sebuah kedai makan Bomba Paella, Borough Market.

Alangkah terkejutnya dia, apabila pekerja di kedai itu terus menyebut Khairul Aming selepas mengatakan dirinya daripada Malaysia.

“Bro hebat la guys. Power @Khairulaming dah sampai London.

Terkejut kami bila Chef tiba tiba tanya “You know Khairulaming?” Sudah tentu la kami tahu. Siapa je orang Malaysia tak kenal?,” tulisnya.

Mat salleh pun kenal KA

Gambar: TikTok @Chris MJ

“Awak tahu di mana Malaysia?” soal Chris.

“Ya saya tahu. Awak kenal Khairul Aming? Dia pernah datang dan buat video di sini,” kata dua pekerja kedai itu yang dipercayai adalah cef sewaktu ditanya mengenai negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, salah seorang lelaki itu menambah bahawa sebahagian orang Malaysia tidak mengenali sewaktu ditanya mengenai KA.

Gambar: TikTok @Chris MJ

“Tetapi segelintir orang Malaysia tidak kenal dia. Mungkin di sebahagian kawasan. Saya tanya kepada mereka namun tidak tahu,” ujar pekerja itu lagi

Lagi menarik, Chris juga sempat berseloroh tagline yang sudah menjadi sinonim KA, Hey whats up  guys.

@christhechindian

Brooo hebat la guys. Power @Khairulaming dah sampai London 💯 Terkejut kami bila Chef tiba tiba tanya “You know Khairulaming?” 😅 Of course la we know. Who in Malaysia don’t know ? 📍: Bomba Paella, Borough Market #SuduonTheStreet #StreetInterview #London #Fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #khairulaming #fypシ #makanhowmuch

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

BACA: Terus Mendunia, Khairul Aming Sebak Video Masakan Dapat Pujian Gordon Ramsay

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dengan lebih 166,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen dari warga maya.

Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku, di mana orang luar mengenali pempengaruh itu.

Sebelum ini, salah satu resepi yang dimuat naik oleh beliau menerusi platform TikTok berjaya menarik perhatian chef seleberiti terkemuka dunia, Gordon Ramsay.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Gordon memberikan reaksi terhadap resepi Burnt Sugar Steamed Pudding yang disediakan oleh KA.

Sumber: TikTok @Chris MJ

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?