Siakap Keli
masjid aolia yogyakarta aidilfitri
Kredit: Kompas

Awal Lima Hari, Jemaah Masjid Aolia Di Yogyakarta Sambut Aidilfitri Hari Ini

Awal Lima Hari, Jemaah Masjid Aolia Di Yogyakarta Sambut Aidilfitri Hari Ini

Sebahagian kecil warga Yogyakarta yang menjadi jemaah Masjid Aolia Panggang di Yogyakarta dilapor melaksanakan solat sunat Aidilfitri dan menyambut perayaan tersebut hari ini.

Difahamkan, jemaah-jemaah berkenaan merupakan pengikut kepada imam masjdi berkenaan, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dipanggil Mbah Benu, 82, dan berpegang dengan pendapatnya.

Menurut laporan media tempatan, para jemaah Masjid Aolia mula membanjiri lokasi berkenaan sejak pukul 6 pagi (waktu Indonesia Barat) dan bersama-sama melaungkan takbir raya.

Sekitar jam 7 pagi mereka mula menunaikan solat sunat hari raya yang dipimpin oleh Mbah Benu sendiri. Selepas selesai mendirikan solat sunat tersebut, dia kemudian menyampaikan khutbah raya dalam bahasa Jawa.

Sambutan Aidilfitri oleh jemaah Masjid Aolia disambut awal lima hari

Sebelum ini, jemaah Masjid Aolia turut menjadi tular apabala mula berpuasa pada 7 Mac 2024 iaitu lima hari lebih awal daripada tarikh 1 Ramadan yang jatuh pada 12 Mac 2024.

Menurut portal Kompas lagi, Mbah Benu tidak menggunakan pengiraan tertentu dalam menentukan tarikh dua hari penting dalam kalendar umat Islam itu.

Sebaliknya, dia mendakwa membuat penentuan berkenaan berdasarkan pemahaman dan perjalanan kerohaniannya.

Jemaah Masjid Aolia menyambut hari raya Aidilfitri tanpa mengikut pengumuman kerajaan Indonesia

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Pejabat Wilayah Kementerian Agama, Jauhar Mustofa berkata jemaah Masjid Aolia sememangnya mempunyai pegangan tersendiri dalam menentukan permulaan Ramadan dan Aidilfitri.

Justeru, kerajaan tidak boleh memaksa jemaah mengikut keputusan kerajaan berhubung permulaan Ramadan dan Aidilfitri.

“Mereka mempunyai dalil tersendiri yang dipercayai oleh pemimpin dan para pengikut. Kerajaan tidak boleh memaksa mereka untuk mengikut keputusan yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, jemaah Masjid Aolia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu atau dua hari awal dari pengumuman kerajaan Indonesia.

“Ia agak menarik pada tahun ini kerana menyambut raya awal lima hari. Biasanya hanya sehari dua, tetapi tahun ini sangat awal sehingga menjadi kebimbangan,” kata Jauhar lagi.

BACA: Kalau Kita Tahu Malam Ini Lailatul Qadar, Patut Kongsi Atau Sembunyikan? Ini Kata Dr. Zulkifli

Sumber: Kompas

Athirah

When nothing goes right, go left.