Siakap Keli
gempa bumi new york
Gambar: (AFP / Saul Loeb)

Gempa Bumi 4.8 Magnitud Gegar New York

Gempa Bumi 4.8 Magnitud Gegar New York

Bandar New York telah digegarkan gempa bumi kecil 4.8 magnitud dengan pusat gempa tersebut di New Jersey, lapor AFP.

Kejadian itu disahkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Jumaat.

Wartawan AFP melaporkan bahawa bangunan di Brooklyn bergegar, namun tiada kerosakan yang dilaporkan setakat ini.

Manakala, mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Gaza yang dijalankan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa dihentikan sementara selepas gegaran itu.

“Adakah itu gempa bumi?” kata wakil Save the Children, Janti Soeripto yang ketika itu sedang berucap.

Dalam pada itu, pengguna media sosial juga mendakwa mereka merasakan gempa bumi dari Philadelphia sehingga New York dan ke arah timur di sepanjang Long Island

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa gempa bumi kuat 6.7 magnitud telah berlaku di Kepulauan Mariana pada 7.03 malam tadi.

Ia berpusat di 19.0° Utara dan 145.6° Timur dengan kedalaman 217 km serta berada 1,902km Selatan dari Yokosuka, Jepun.

Manakala, gempa 5.3 magnitud pula berlaku di Myanmar pada pukul 8.45 malam tadi.

BACA JUGA: Gempa Kuat 7.4M: Taiwan, Jepun & Filipina Keluar Amaran Tsunami

Sumber: AFP

Sofea

There's always another side to every story