Siakap Keli
u-turn berjemaah
Gambar: TikTok

Viral Pemandu U-Turn Berjemaah Di Lebuhraya, Dipercayai Nak Elak Jalan Sesak

Viral Pemandu U-Turn Berjemaah Di Lebuhraya, Dipercayai Nak Elak Jalan Sesak

Tindakan sejumlah kenderaan yang melakukan pusingan u di laluan lebuhraya dipercayai untuk mengelak kesesakan lalu lintas menjadi tular di media sosial hari ini.

Video-video yang merakam tindakan pemandu-pemandu tersebut mendapat perhatian umum selepas dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial ke laman TikTok.

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik video kejadian, ketika itu dia turut melalui jalan tersebut yang dipercayai baru dibuka untuk kegunaan orang awam.

Dipercayai nak elak jalan jammed, viral pemandu pakat u-turn berjemaah di lebuhraya

Tidak lama kemudian, dia merakam tindakan beberapa pengguna jalan lain yang melakukan pusingan u dipercayai bagi mengelak daripada tersekat dalam kesesakan jalan. Tindakan yang sama turut dilihat dilakukan oleh perakam video berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan berkenaan dipercayai tidak dibenarkan memandangkan jalan berkenaan merupakan jalan sehala.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat jumlah kenderaan yang melakukan pusingan u itu lebih daripada beberapa buah.

Ekoran itu, pengguna media sosial lain kemudian meninggalkan komen pada hantaran berkenaan yang tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.

Ada yang berpendapat tindakan tersebut berisiko dan berpotensi mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan lain.

Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan tersebut seolah-olah tidak menghormati pengguna jalan raya lain yang patuh kepada peraturan jalan yang ditetapkan.

Selain itu, ada juga yang berharap perkara berkenaan mendapat perhatian pihak berkuasa dan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap semua pemandu tersebut.

BACA: Apa Amalan Wanita Haid Boleh Amal Untuk Raih Lailatul Qadar? Ini Jawapan Dr. Zulkifli

Sumber: TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.