Siakap Keli
Iklan ‘Jahitan Lebaran’ BSN

Main Emosi Tentang Baju Raya, Iklan ‘Jahitan Lebaran’ BSN Pamer Realiti Sebenar Menjelang Raya

Main Emosi Tentang Baju Raya, Iklan ‘Jahitan Lebaran’ BSN Pamer Realiti Sebenar Menjelang Raya

Dalam kita tak sedar,”dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain juga”. Tidak salah untuk kita berkongsi rezeki dengan rezeki yang kita yang bukan hanya untuk kita berbelanja, malah untuk kita lebih memberi. Menjelang hari raya ini, pastinya pelbagai perlu disediakan untuk menerima Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Tambahan lagi, pakaian baharu akan dibeli dan diperagakan di pagi raya dengan meriah.

Namun, bagaimana dengan golongan yang tidak bernasib baik?

Ada di antara kita yang hanya mengenakan pakaian tahun sebelumnya, dan ada juga yang langsung tiada baju yang sesuai untuk disarung pada hari raya nanti. Begitulah realiti kehidupan, tapi jika masih ada sifat untuk berkongsi, perkara ini akan menjadi harmoni di dalam masyarakat kita. Begitulah yang hendak dikaitkan dengan konsep di dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain juga. Sama seperti yang telah diusahakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam inisiatifnya menyumbangkan pakaian raya.

Inisitatif tersebut telah diterjemahkan ke dalam bentuk video iklan raya yang bertajuk “Jahitan Lebaran”. Inisiatif ini adalah dengan kerjasama Women Of Will Malaysia berkongsi rezeki dengan sumbangan pakaian raya kepada penghuni PPR Lembah Subang.

Iklan ‘Jahitan Lebaran’ BSN ini memaparkan kisah realiti tukang jahit bersama BSN berkongsi rezeki di hari raya dengan menyumbangkan pakaian raya kepada kanak-kanak yang juga ingin merasai kemanisan nikmat hari raya sebenar.

 

 

Nurul Naqiyah