Siakap Keli
kampung sunyi-sepi
Kredit: @eiimaaanggg

“Sekejap Je Rasa”, Bila Semua Sudah Pulang, Riuh-rendah Kampung Kembali Jadi Sunyi-sepi

“Sekejap Je Rasa”, Bila Semua Sudah Pulang, Riuh-rendah Kampung Kembali Jadi Sunyi-sepi

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu hari yang ditunggu-tunggu setiap tahun, terutamanya kepada anak-anak kampung yang tinggal di perantauan.

Di hari yang penuh dengan kegembiraan ini, kita akan berkumpul bersama adik-beradik dan sanak-saudara di rumah keluarga di kampung.

Pada hari tersebut, kita akan memakai pakaian serba baharu, menjamah pelbagai makanan tradisi seperti lemang dan ketupat serta aneka kuih raya.

Sambil-sambil itu, kita akan berbual mesra antara satu sama lain, berkongsi cerita mengenai kehidupan masing-masing dan mengimbau semula kenangan raya yang pernah dilalui bersama.

Kanak-kanak pula, saat yang dinanti-nantikan tentunya ketika bersalam dengan orang yang lebih dewasa dan menerima duit raya.

Wanita kongsi POV selepas raya, rumah di kampung jadi sunyi-sepi

Saat itu, rumah di kampung yang sunyi sepi sepanjang tahun akan bertukar menjadi meriah untuk tempoh beberapa hari sepanjang Syawal.

Namun begitu, seringkali kita terlepas pandang dengan situasi yang perlu dilalui mereka yang tinggal di kampung selepas sanak-saudara pulang semula ke rumah masing-masing di kota.

Seorang pengguna Tiktok, @eiimaaanggg baru-baru ini berkongsi keadaan suasana rumah di kampung yang meriah sepanjang lebaran kembali bertukar sepi sekelip mata.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok berkenaan, segenap penjuru rumah seperti ruang tamu, bilik tidur dan dapur lengang tanpa sebarang suara.

Athirah

When nothing goes right, go left.