Siakap Keli
Kes Tembak KLIA
Gambar: Bernama

Kes Tembak Di KLIA: Polis Perlis Tingkat Kawalan Di Sempadan 

Kes Tembak Di KLIA: Polis Perlis Tingkat Kawalan Di Sempadan 

KANGAR, 14 April (Bernama) — Polis Perlis meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di lorong-lorong tikus untuk memastikan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi tidak meloloskan diri dari negara ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pihaknya melakukan koordinasi dengan Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

BACA: Tembakan Di KLIA: Polis Gesa Suspek Serah Diri

“Kita buat pemantauan di jalan-jalan masuk dan di garisan sempadan terutama lorong tikus…juga elemen lain untuk bantu Bukit Aman mengesan suspek,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata polis telah melancarkan operasi mengesan suspek selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.