Siakap Keli
wanita tumpangkan kanak-kanak
Gambar: Instagram @anisafiqahmohdisa

Wanita Simpati, Nekad Bantu Tumpangkan Kanak-kanak Ke KL

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wanita Simpati, Nekad Bantu Tumpangkan Kanak-kanak Ke KL

Setiap daripada kita diuji dalam kehidupan dengan pelbagai bentuk ujian, Ada yang diuji dengan harta kekayaan, kemiskinan, pangkat dan banyak lagi.

Mahu tak mahu, ia perlu ditempuhi biarpun kata-kata tidak lagi mampu diungkapkan, hanya linangan air mata menceritakan segalanya demi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, setiap ujian yang mendatang pastinya ada hikmah disebaliknya seperti mengajar kita erti bersyukur dengan setiap pemberian nikmat daripada Allah SWT.

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram @anisafiqahmohdisa memaparkan seorang individu dipercayai wanita memberhentikan motosikal yang dinaiki bersama tiga anak kecil di sebuah stesen minyak.

Menurut Anisah, dia yang secara kebetulan ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur ketika itu tidak sampai hati melihat keluarga itu ‘berpanas’ di atas lebuh raya.

Gambar: Instagram @anisafiqahmohdisa

Sewaktu keluarga berkenaan mengisi minyak di stesen minyak, dia (lelaki) sempat menyapa keluarga terbabit.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan dari Perak menuju ke ibu kota dengan menaiki motosikal.

“Tadi pada awalnya nak bagi duit raya je sebab diorang bertiga naik motor panas-panas. Rupanya berempat, patah balik ambil duit raya lagi. Dari Perak nak ke Kuala Lumpur.

“Berpanas-panas. Ingat dulu kita dah susah, ada lagi susah sebenarnya,” tulisnya dalam klip tersebut.

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Tumpangkan anak-anak naik kereta

Melihat cuaca panas yang ‘menyengat’, dia tidak sampai hati melihat tiga si cilik itu berpanas menaiki kenderaan dua roda itu.

Oleh itu, pemilik video menumpangkan anak-anak wanita itu dengan kereta kerana secara kebetulan mereka juga hendak menuju ke destinasi yang sama.

“Jadi bantu apa yang mampu. Alang-alang kami nak ke KL, kami tumpangkan anak-anaknya.

“Tapi yang kecil sekali menangis teruk. Jadi terpaksa bagi dekat mama dia balik. Bawa dua orang sahaja,” jelasnya dalam klip berkenaan.

Dia turut berpesan bahawa kita sering menganggap diri kita susah, tetapi sebenarnya masih ada lagi individu yang lebih susah daripada kita.

“Kita rasa kita diuji teruk, tapi ada yang lebih diuji teruk daripada kita,” katanya.

 

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 3 juta tontonan di platform berkenaan sewaktu artikel ditulis.

Sumber: Instagram @anisafiqahmohdisa 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?