Siakap Keli
Gambar: Faecbook

Ada Jalan Dinaiki Air, Beberapa Kawasan Di Jalan Meru, Klang Dilanda Banjir Pagi Ini

Ada Jalan Dinaiki Air, Beberapa Kawasan Di Jalan Meru, Klang Dilanda Banjir Pagi Ini

Beberapa kawasan sekitar Jalan Meru, di Klang dilapor telah dinaiki air selepas kejadian banjir dilapor berlaku di kawasan tersebut pagi tadi.

Video-video kejadian banjir yang menunjukkan beberapa jalan di kawasan berkenaan yang ditenggelami air turut menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna facebook dengan akaun bernama Ahmad Idham, banjir yang melanda menjejaskan Jalan Meru menghala ke Klang, Shah Alam dan Plaza To Shapadu.

Sementara itu, banjir yang berlaku turut memberi kesan kepada operasi beberapa premis di Meru Indah. Klinik Stamina dalam satu perkongsian di laman Facebook misalnya memaklumkan penutupan sementara premisnya di kawasan tersebut.

Seorang lagi pengguna Facebook, Pamek Fahmi turut berkongsi bahawa rumah-rumah berdekatan Jalan Hamzah Alang Meru turut dinaiki air.

Dia seterusnya turut berpesan agar orang ramai di kawasan berkenaan berwaspada dengan sebarang situasi banjir di kawasan tersebut.

Sementara itu, ADUN N.24 Mer, YB Mariam Abdul Rashid melalui satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah pun dibuka di Sekolah Kebangsaan Binjai.

PPS yang dibukan dipercayai sebagai persediaan untuk menempatkan penduduk di kawasan berkenaan sekiranya banjir menjadi semakin teruk.

Sumber: Perkongsian Awam di Facebook, Mariam Abdul Rashid

Athirah

When nothing goes right, go left.