Siakap Keli
YouTube Monsta kembali
Gambar: Fb Nizam Abd Razak

Keselamatan Ditingkatkan, Saluran YouTube Monsta Kembali Selepas Digodam

Keselamatan Ditingkatkan, Saluran YouTube Monsta Kembali Selepas Digodam

Saluran YouTube Monsta Channel yang memiliki lebih 13 juta pengikut berjaya diperolehi kembali selepas digodam baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (SEO) Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abd Razak dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Jelasnya, walaupun masih ada beberapa video yang hilang namun bersyukur dapat mengakses semula akaun tersebut dalam tempoh kurang 48 jam.

“Monsta ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak YouTube dan Google atas bantuan yang diberikan.

“Kerjasama unit Network Monsta bersama mereka telah berjaya membaik pulih akses ke akaun ‘MONSTA Channel’ kami.

“Terima kasih juga kepada para peminat dan juga lain-lain pihak yang banyak membantu kami secara tidak langsung,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, Monsta sedang giat menaik taraf sekuriti kami dan akses ke mana-mana akaun rasmi telah diperketatkan.

“Kami mengambil iktibar dari perkara ini dan bersetuju untuk menambah lebih banyak stesen siaran televisyen rasmi di negara-negara Asia Tenggara.

“Mungkin stesen televisyen tempatan atau platform penstriman rasmi seperti Netflix dan lain-lain dapat memberi lebih kestabilan penayangan dan kepercayaan kepada para penonton setia Monsta,” kata Monsta lagi.

BACA: “Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

Akaun Youtube Monsta Channel Digodam

Semalam, akaun Youtube Monsta Channel yang menjadi platform penyiaran animasi terkenal tanah air seperti BoboiBoy dilapor telah digodam baru-baru ini.

Menurut Nizam, nama akaun berkenaan telah ditukar kepada MicroStrategy US. Bagaimanapun, Nizam tidak mendedahkan sejak bila saluran berkenaan telah digodam atau diambil alih.

Hasil carian di platform Youtube mendapati beberapa kandungan asal di saluran itu tidak lagi ditemui. Sebaliknya, video-video kandungan yang berbeza dipercayai telah dimuat naik oleh penggodam sebagai ganti.

Antara video-video yang dimuat naik adalah mengenai seminar-seminar serta mempromosikan matawang kripto.

Sumber: Facebook Nizam Abd Razak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?