Siakap Keli
Sumber : BERNAMA

KPKT Salur RM5.21 Juta Tingkatkan Infrastruktur Awam Demi Kesejahteraan Penduduk Hulu Selangor

KPKT Salur RM5.21 Juta Tingkatkan Awam Demi Kesejahteraan Penduduk Hulu Selangor

KUALA KUBU BHARU, 18 April 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.21 juta kepada penduduk Hulu Selangor dalam lawatan kerja  bersempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Kuala Kubu Bharu, Selangor pada hari ini.

kpkt salur rm5.21 juta hulu selangor
Sumber : BERNAMA

Dalam lawatan tersebut, YB KM telah turun padang meninjau projek BP.1 bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina seperti berikut;

1. Projek Membina Baharu 12 Unit Kiosk di Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu; 

2. Projek Cadangan Membaik Pulih dan Menaiktaraf 10 Unit Gerai Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di Jalan Abdul Hamid berhadapan  Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu; 

3. Projek Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas; dan

4. Projek Membaik Pulih Tapak Badminton dan Memagar Kawasan Taman  Permainan di Kampung Asam Kumbang. 

Peruntukan tersebut meliputi 14 buah projek bernilai RM4.82 juta yang akan  dilaksanakan oleh MPHS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).  Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.16 juta disalurkan melalui MPHS manakala  RM664 ribu disalurkan kepada MPKK di Hulu Selangor. Projek-projek tersebut  meliputi ;

1.Cadangan membaik pulih dan menaik taraf 10 unit gerai MPHS di Jalan Abdul  Hamid berhadapan Pejabat Pos, Kuala Kubu Bharu; 

2.Cadangan membaik pulih dan menaik taraf Pasar Awam Rasa, Hulu Selangor;

3.Cadangan membaiki dan menaik taraf Tandas Astaka Taman Tasik Millenium,  Kuala Kubu Bharu; 

4.Cadangan membaiki dan menaik taraf Tandas Padang B Taman Tasik  Millenium, Kuala Kubu Bharu; 

5.Cadangan membaiki dan menaik taraf Tandas Di Taman Awam Jejarum @  Bukit Beruntung (4 kubikel); 

6.Membaiki dan menaik taraf Tandas Awam Medan Selera Batang Kali;

7.Membaiki dan menaik taraf Tandas Awam Pasar Batang Kali;

8.Cadangan menaik taraf Sistem Perparitan dan Kolam Takungan Jalan Bunga  Cempaka, Taman Ehsan Ibu Fasa 2;  

9.Menaik taraf Tandas Awam Pejabat Utama MPHS kepada Tandas Pintar

10.Kerja-kerja menurap semula jalan-jalan di Kg. Baru Bukit Chandang, Daerah  Hulu Selangor; 

11.Kerja-kerja menaik taraf pagar di sekeliling gelanggang bola keranjang di Kg. Chuang Rasa, Hulu Selangor;

12.Kerja-kerja menurap semula jalan-jalan yang sedia ada dan menaik taraf  longkang di Kampung Baru Kuala Kubu Bharu Chuang Rasa, Hulu Selangor;

13.Kerja-kerja menaik taraf gelanggang pelbagai guna di Kampung Baru  Tambahang, Kg. Stesyen (Ulu Yam Lama), Hulu Selangor; dan

14.Kerja-kerja menaik taraf Dewan Utama Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali.

YB KM turut menyempurnakan Majlis Perasmian Bomba Sukarela Jalan Padang  Tembak di Kuala Kubu Bharu malah turut menyalurkan peruntukan sebanyak  RM10,000 dalam usaha meningkatkan kecekapan pasukan bomba sukarela.  Seterusnya, YB KM turut melawat Kuil Sri Sithi Vinayagar, Kuala Kubu Bharu dan  menyampaikan peruntukan berjumlah RM127,050 kepada Pertubuhan Berhala Sri  Sithi Vinayagar bagi kerja-kerja membaiki bangunan keagamaan sedia ada. Bukan itu  sahaja, KPKT juga telah meluluskan RM 250 ribu kepada Persatuan Penganut Dewa  Siaw Kong dan Dewi Lee Ma untuk membaiki keadaan bangunan rumah ibadat yang  lama dan uzur. Ia merupakan sebahagian daripada RM50 juta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi Rumah Ibadat Bukan  Islam (RIBI) di seluruh negara tidak kira agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan Tao. 

Selain itu, beliau turut meninjau projek Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas, Selangor, yang telah siap dan diserahkan kepada penduduk yang amat memerlukan bagi menggantikan sebuah rumah yang amat usang dan tidak lagi  selamat untuk didiami.  

Menurut YB KM, “KPKT komited meneruskan Program Sentuhan Kasih KPKT  berdasarkan keperluan dan sebagai salah satu inisiatif KPKT dalam memastikan  keselesaan dan kesejahteraan penduduk Hulu Selangor. Peruntukan berlandaskan  pelaksanaan ini bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap  kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan“.  

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan PBT di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi  meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.

 

Nurul Naqiyah