Siakap Keli
tip elak sampah berbau berair
Gambar: Nur Husna Saikun

Wanita Kongsi Tip Elak Sampah Berbau Dan Berair Guna Satu Bahan Je

Wanita Kongsi Tip Elak Sampah Berbau Dan Berair Guna Satu Bahan Je

Setiap rumah pasti mempunyai tempat membuang sampah (tong sampah)  di setiap penjuru bagi memastikan persekitaran rumah kekal kemas dan bersih.

Segala jenis sampah bermula daripada sisa makanan, peralatan, perkakasan, plastik dan sebagainya akan ‘dihumban’ ke dalam tong sampah.

Tidak hairan mengapa ia menjadi salah satu sumber yang menyumbangkan kepada bau yang tidak menyenangkan di dalam rumah jika tidak dijaga dengan betul.

Nak pula rumah sering dikunjungi oleh jiran-jiran dan kenalan rapat, lagilah ruang udara rumah perlu dititikberatkan supaya para tetamu yang hadir ke rumah tidak merasa terganggu dengan bau busuk sampah.

Perasan atau tidak, sampah yang ditinggalkan dalam satu tempoh yang agak lama, ia cenderung berbau busuk, berair malah berulat.

Bukan itu sahaja, ia juga mengundang kehadiran makhluk perosak seperti tikus, lalat dan banyak lagi.

Meskipun sampah berkenaan sudah dikosongkan dan dibuang, ia masih boleh meninggalkan bau yang tidak selesa hingga ‘menyengat’ hidung.

Sebagai penghuni rumah, pastinya anda terfikir cara yang efektif dalam penjagaan tong sampah di rumah khususnya di ruang dapur untuk mengatasi masalah ini.

Antaranya, sampah di dalam rumah mestilah dibersihkan secara berkala dan teratur.

Jadi, mari kita ikuti perkongsian Nur Husna Saikun mengenai cara mengelakkan sampah di dalam rumah berbau dan berair di bawah ini. Semoga bermanfaat.

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Tip elak sampah rumah berbau dan cepat berair 

Gambar: Nur Husna Saikun

1. Ambil sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.

2. Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.

3. Masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi.

Gambar: Nur Husna Saikun

** Fungsinya bagi menyerap air dan bau. Selamat mencuba. 

Sumber: Nur Husna Saikun via X @adilafarhanaali

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?